KUALA LUMPUR: Apple melancarkan peranti popularnya iPhone 14 dan 14 Plus berwarna kuning, sekali gus mengesahkan khabar angin seperti dilaporkan media sebelum ini.
Dengan warna terbaharu ini, ia kini memiliki enam warna untuk dipilih secara keseluruhannya.
Pra-tempahan bagi model warna kuning itu akan dibuka pada 10 Mac dan jualan pula bermula 14 Mac nanti.
Bagaimanapun tiada sebarang perubahan spesifikasi peranti ini berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.
Ia masih dibekalkan dengan paparan skrin 6.1inci dan 6.7 inci bertakuk, penggunaan cip Apple A15 Bionic dan dwi-kamera 12MP di bahagian belakang.
Namun demikian, Apple mengatakan bahawa terdapat sedikit kemas kini telah dilakukan pada ciri dalaman peranti itu untuk memaksimakan produktiviti dalaman bagi pengguna.
Kemas kini dalaman ini dikatakan membantu dalam proses pembaikan sekiranya diperlukan.
iPhone 14 membekalkan ciri Photonic Engine, yang membolehkan prestasi mengambil foto dalam keadaan cahaya rendah atau kelam, berbanding peranti generasi sebelum ini. Photonic Engine juga mampu mengekalkan tekstur foto yang lebih baik.
Apple iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4,199 untuk model 128GB manakala iPhone 14 Plus pula bermula RM4,699 juga untuk model 128GB.
Ibrahim Sani
Wed Mar 08 2023

Dengan warna terbaharu ini, iPhone 14 dan 14 Plus kini memiliki enam warna untuk dipilih secara keseluruhannya. - Apple

Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Menjelang kenyataan Malaysia PM, 9.30 malam ini
Menjelang Kenyataan Malaysia yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan pertamanya sebagai pemimpin utama negara, ikuti kupasan bersama Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi & Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr. Md. Shukri Shuib.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Thaksin bakal kembali berperanan dalam kerajaan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand berkata pendahulunya, Thaksin Shinawatra akan berperanan dalam kerajaan selepas dibebaskan daripada penjara, yang dijangka berlaku pada Februari tahun depan.
PM Anwar sampaikan kenyataan negara jam 9.30 malam ini
Antara intipati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.

Pratempahan iPhone 14 di Malaysia bermula 16 September
Peminat produk Apple boleh bersiap sedia untuk membuat tempahan telefon pintar terbaharu, iPhone 14 dan iPhone 14 Pro yang bermula minggu depan.

iPhone 14 dilancarkan di Cupertino
Apple telah melancarkan beberapa produk terbaharu termasuk siri koleksi iPhone 14 dan Apple Watch 8 untuk musim luruh tahun ini.