awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVET bukan sekadar laluan kedua, jadi platform utama lahir tenaga kerja kompetitif

Bernama
Bernama
05/03/2025
02:50 MYT
TVET bukan sekadar laluan kedua, jadi platform utama lahir tenaga kerja kompetitif
Sri Ganes berkata, laluan TVET juga menyediakan peluang keusahawanan dan peningkatan kemahiran sepanjang hayat, yang memberi ruang kepada individu untuk berkembang dalam pelbagai bidang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi sekadar laluan kedua, sebaliknya menjadi platform utama dalam membentuk tenaga kerja kompetitif, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan tanpa sempadan.
Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk Sri Ganes Palaniapan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SG TVET Group berkata TVET mampu menjadi penyelesaian kepada pelajar kurang cenderung kepada akademik tetapi memiliki kebolehan teknikal serta praktikal yang tinggi.
"Langkah memperluaskan akses kepada TVET dan memperkenalkan lebih banyak program yang selari dengan keperluan industri dilihat sebagai usaha penting dalam menangani isu keciciran pelajar daripada sistem pendidikan konvensional," katanya pada majlis perasmian Akademi Latihan Industri Digital Siemens di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.
Majlis yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Azman Mohd Yusof itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara SG TVET Group dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelaksanaan program latihan berasaskan TVET.
Sri Ganes berkata tidak hanya terbatas pada latihan awal, laluan TVET juga menyediakan peluang keusahawanan dan peningkatan kemahiran sepanjang hayat, yang memberi ruang kepada individu untuk berkembang dalam pelbagai bidang, sekali gus membuka peluang memulakan perniagaan sendiri.
Beliau berkata TVET kini dikenali sebagai pilihan bijak bagi mereka yang ingin membina kerjaya yang stabil dan berdaya saing pada masa depan, dengan kelayakan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf industri, sekali gus meningkatkan daya saing dan pengiktirafan graduan TVET di peringkat lebih luas.
"Sebagai contoh, Akademi Latihan Industri Digital Siemens yang menawarkan program pensijilan berkembar daripada Siemens dan JTM dilihat memberikan kelebihan kepada graduan TVET dalam pasaran kerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#Laluan Kedua
#Yayasan Mahir Malaysia
#kerjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan