KUALA LUMPUR: Sepuluh bidang utama akan ditawarkan sebagai permulaan bagi pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas untuk wanita.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Noraini Ahmad berkata 10 bidang itu ialah Teknologi Maklumat; Keusahawanan; Teknologi Kejuruteraan; Kepimpinan dan Pengurusan; Pemasaran; Perkhidmatan Rumah; Perniagaan Luar Bandar; Pelancongan dan Hospitaliti; Teknologi Agro; dan Logistik.
Beliau berkata bidang yang difokuskan itu dilihat berupaya menarik minat golongan wanita untuk menyertai program khas berkenaan.
"Kita mempunyai pusat pengajian tinggi yang terlibat secara langsung dalam program ini seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di bawah RISDA sendiri.
"Oleh itu, kita boleh menawarkan bidang TVET yang lebih tinggi dan luas berbanding apa yang ditawarkan dahulu," katanya kepada Bernama.
Noraini berkata pihaknya sedang giat berbincang dengan beberapa agensi terlibat dengan menyasarkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan untuk pelaksanaan program khas itu.
Selain itu, beliau turut melahirkan keyakinan kuota 15,000 kemasukan ke program itu seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas akan dapat dipenuhi.
"UTeM telah merancang satu program komprehensif dan inklusif yang melibatkan pelbagai pihak dalam TVET seperti universiti awam, politeknik serta institusi latihan TVET seluruh Malaysia. UTeM juga sudah menubuhkan sebuah akademi TVET wanita bernama JELITA untuk menyelaras program khas ini di seluruh negara secara profesional.
"Dalam usaha menarik 15,000 wanita terlibat dalam program ini, kita telah merangka beberapa strategi promosi seperti menggunakan media sosial, karnival kerjaya dan beberapa program lain," katanya.
Sementara itu, Sekretariat Profesional Wanita UMNO berpandangan inisiatif program khas ini dapat membuka ruang kepada golongan wanita yang ingin menceburi bidang kolar biru yang selama ini sinonim dengan lelaki.
Setiausahanya Norbhaiti Sabar berkata ia juga boleh menjadi platform terbaik untuk wanita yang sudah lama tidak berkerjaya menceburi semula bidang pekerjaan.
"Kami sedia memberikan apa juga sokongan dalam bentuk tenaga dan pengalaman terhadap usaha ini memandangkan kami terdiri daripada ahli yang berlatarbelakangkan profesional seperti peguam, doktor dan pendidik.
"Sedikit sebanyak kami dapat berkongsi pengalaman dan menyumbang idea berkaitan usaha TVET ini," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika Perhimpunan Agung UMNO 2023 bulan lepas mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan program TVET khusus untuk wanita dengan pengambilan seramai 15,000 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Noraini berkata pihaknya sedang giat berbincang dengan beberapa agensi terlibat dengan menyasarkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan untuk pelaksanaan program khas itu. - Gambar fail/Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.