awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter perkenal 'Fleets', ciri terbaharu mirip Instagram Story

Nailah Huda
Nailah Huda
18/11/2020
01:23 MYT
Twitter perkenal 'Fleets', ciri terbaharu mirip Instagram Story
Mirip ciri Instagram Story, pengguna boleh 'fleet' kandungan seperti teks, gambar atau video. -Foto Twitter
PLATFORM media sosial Twitter melancarkan ciri baharu ‘Fleets’ yang membenarkan pengguna memuat naik kandungan yang hanya kekal selama 24 jam sebelum dihapuskan.
Pembaharuan itu diharap dapat memberi pengguna keselesaan ketika meluahkan perkongsian peribadi mereka.
“Menerusi ujian yang kami jalankan di Brazil, Itali, India dan Korea Selatan, kami mendapati Fleets bantu pengguna berasa lebih selesa untuk menyertai perbualan.
“Kami melihat pengguna yang menggunakan Fleets berinteraksi lebih kerap di Twitter,” menurut kenyataan syarikat itu menerusi blog rasminya.
Menurut Twitter, Fleets boleh dilihat pada bahagian atas di laman utama platform itu.
Mirip ciri Instagram Story, pengguna boleh ‘fleet’ kandungan seperti teks, gambar atau video.
“Tidak lama lagi, ‘sticker’ dan penyiaran secara langsung juga boleh didapati menerusi Fleets.”
That thing you didnt Tweet but wanted to but didnt but got so close but then were like nah. We have a place for that nowFleets! Rolling out to everyone starting today. pic.twitter.com/auQAHXZMfH
— Twitter (@Twitter) November 17, 2020
Pengguna bagaimanapun rata-rata melaporkan kemas kini baharu itu melembabkan aplikasi Twitter.
Fleets akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia dalam beberapa hari akan datang menerusi aplikasi Twitter pada iOS dan Android.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Fleet
#fleets
#Tweet
#media sosial
#Instagram
#instagram story
#penyiaran secara langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan