KOTA KINABALU: U Mobile sekali lagi melakar sejarah apabila kedai pertama syarikat perkhidmatan mudah alih dan digital itu bertapak di Sabah.

Terletak di Imago Shopping Mall, pelbagai perkhidmatan disediakan seperti seperti pelan prabayar dan pascabayar U Borneo, melihat peranti 5G terkini untuk pilihan ‘bundling’, mengaktifkan eSIM, membuat pemindahan pelan internet sambil mengekalkan nombor semasa, atau pun menukar pelan kadar.

Selain variasi pelan U Mobile, turut tersedia di kedai berkenaan pengalaman digital mudah alih seperti sudut permainan eksklusif untuk pelanggan menguji kehebatan kuasa 5G U Mobile.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian pembukaan kedai berkenaan merupakan sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk Sabah dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile yang disokong oleh rangkaian 5G nombor 1 di Malaysia.

"U Mobile teruja untuk melancarkan kedai pertama kami di Malaysia Timur di Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

"Kedai ini hanyalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk meluaskan fokus dan jejak kami di Malaysia Timur, supaya lebih ramai pelanggan boleh menikmati tawaran terbaik daripada U Mobile dari segi perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif kami yang disokong oleh Rangkaian 5G No. 1 di Malaysia", ujar beliau dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Bersempena pembukaan kedai pertama U Mobile di Sabah, Sebanyak 250 orang pelanggan pertama ditawarkan rebat sebanyak RM120 dan pelbagai hadiah menarik bagi yang mendaftar untuk pembelian peranti yang digabungkan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 bermula 26 April.

Turut diadakan bersempena pembukaan kedai sulung syarikat tersebut, Pesta Cara U Sabah di Imago Shopping Mall yang berlangsung pada 26 hingga 28 April, menampilkan persembahan artis tempatan seperti Stacy Anam, Andi Bernadee, Isobahtos, Estranged, K-Clique dan ramai lagi.

Pelbagai acara dan hadiah menarik seperti peranti 5G terkini turut menanti para pengunjung yang akan menghadiri pesta selama 3 hari itu.