awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat telekomunikasi terus sediakan internet produktiviti percuma 30GB

Bernama
Bernama
10/02/2021
11:24 MYT
Syarikat telekomunikasi terus sediakan internet produktiviti percuma 30GB
Pengendali itu juga menyediakan penyambungan WiFi percuma kepada pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan melanjutkan waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) semasa tempoh mencabar ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lima pengendali telekomunikasi meneruskan komitmen menyokong keperluan pendidikan rakyat dengan menyediakan internet produktiviti 30GB secara percuma bagi tujuan pembelajaran, produktiviti serta melayari laman web berita sehingga 30 April, 2021.
Syarikat telekomunikasi itu adalah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi unifi Mobile.
Pengendali itu juga menyediakan penyambungan WiFi percuma kepada pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan melanjutkan waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) semasa tempoh mencabar ketika ini.
"Sejumlah 130 PPR dan 54 PIK di seluruh negara akan menumpu menyokong pelajar daripada keluarga B40 dengan penyambungan Internet percuma yang bertujuan memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan bersama, di sini, hari ini.
Sejak April 2020, semua pelanggan pasca bayar dan prabayar aktif pengendali masing-masing menikmati Internet produktiviti 30GB secara percuma sebulan, kecuali bagi media sosial, permainan, video dan penstriman muzik, melebihi peruntukan data bulanan daripada pelan sedia ada mereka.
Selain Internet percuma 30GB sebulan, pengendali juga menyediakan pakej data prabayar khas bagi pelajar SPM dan STPM serta pelajar di pusat pengajian tinggi.
Pakej data prabayar khas itu menawarkan data 15GB sebulan bagi bayaran serendah RM20 sebulan dan disediakan kepada pelajar dari 6 Jan, 2021 sehingga akhir April 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengajaran dan pembelajaran
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pelajar
#media sosial
#pengendali telekomunikasi
#30GB percuma
#celcom
#Maxis
#Digi
#U Mobile
#Telekom
#PdPR
#Internet
#Malaysia
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan