EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) akan menghantar semula dutanya, Saif Mohammed Al Zaabi ke Iran dalam masa terdekat.

Langkah ini sejajar dengan usahanya untuk memperkukuh semula hubungan dengan Iran.

Menurut kenyataan Kementerian Luar UAE, penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.

Ini selepas ia menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan Iran.

Ia susulan tindakan penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan Arab Saudi di Tehran, selepas Riyadh menghukum mati ulama syiah terkenalnya.

UAE mula berhubung semula dengan Tehran pada 2019 susulan serangan di perairan Teluk dan tapak tenaga Arab Saudi.