MALAYSIA
UAE panggil diplomat Israel, kecam serangan dan kenyataan Netanyahu terhadap Qatar

Kepulan asap kelihatan susulan letupan yang terjadi akibat serangan Israel di Doha, Qatar, 9 Sept 2025. - Gambar fail/AP
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) memanggil Timbalan Ketua Misi Israel di Abu Dhabi, David Ohad Horsandi, bagi mengecam serangan Israel ke atas Qatar serta kenyataan bermusuhan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa Reem bint Ebrahim Al Hashimy menegaskan bahawa tindakan itu adalah pelanggaran jelas terhadap kedaulatan Qatar, pencabulan serius undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, serta peningkatan ketegangan yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Beliau menekankan bahawa keselamatan Qatar adalah sebahagian daripada keselamatan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan sebarang serangan terhadap negara anggota GCC adalah serangan terhadap keseluruhan kerangka keselamatan Teluk.
Al Hashimy turut memberi amaran bahawa retorik bermusuhan seperti itu menjejaskan prospek kestabilan dan mendorong rantau ini ke arah keadaan berbahaya yang tidak boleh diterima.-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami