KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam saman fitnah difailkan terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali oleh sebuah syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kenyataan dibuat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dalam ceramah politik mengenainya, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, 52, berkata, kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, mengenai dia berkawan dengan Datin Seri Rosmah Mansor, yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyebut perkataan ‘telur’ berulang kali secara peribadi, sebagai memfitnahnya.
"Azmin dengan jelas memfitnah saya dengan cara yang sangat jahat, mengaitkan abang saya dan syarikatnya (J&E Advance Tech). Saya digunakan sebagai alat untuk menarik pendengar dan cara dia banyak kali berbohong untuk ucapannya adalah sangat jahat dan tidak perlu.
"Ucapan itu memfitnah saya dan abang saya. Ia merosakkan semua usaha yang dilakukan oleh abang dan isterinya dalam perniagaan mereka, dan saya melihat kerosakan berlaku di hadapan mata saya, itu adalah bersifat jahat,” kata Deepak ketika memberi keterangan sebagai saksi yang disepina dalam saman itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong hari ini.
Beliau berkata, kenyataan Mohamed Azmin bahawa J&E Advance Tech telah mendapatkan permit pengimportan telur kerana persahabatannya dengan Rosmah, adalah bahagian yang bersifat jahat dalam ucapan itu.
"(Apabila Azmin berkata) ‘kawan Rosmah’... (ia kenyataan) jahat, kerana dia bukan kawan saya,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.
Terdahulu, adik Deepak Rajesh Jaikishan, yang merupakan pengurus besar J&E Advance Tech dalam keterangannya berkata, dakwaan Mohamed Azmin dalam ucapannya adalah tidak benar, kerana tiada rundingan langsung dengan kerajaan dalam mendapatkan lesen pengimportan telur.
"Permohonan dibuat secara telus kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk kelulusan, berikutan kekurangan bekalan telur di negara ini.
"Kami melalui proses yang sangat merumitkan untuk mendapatkan sumber dari India dan melalui semua keperluan kawal selia daripada agensi eksport India serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk kelulusan,” katanya.
Perbicaraan akan disambung pada Jumaat (17 Mei) dan dijangka akan mendengar keterangan Mohamed Azmin.
J&E Advance Tech Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin pada 12 April 2023 kerana beliau mendakwa syarikat itu memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India.
Syarikat itu mendakwa defendan (Mohamed Azmin) telah membuat dan menerbitkan satu ucapan memfitnah syarikat berkenaan dalam 'Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman' di Taman Melewar di sini pada 11 Mac lepas dan kenyataannya itu telah diterbitkan semula oleh media cetak dan elektronik, termasuk YouTube.
Menurut J&E Advance, walaupun nama syarikat itu tidak dinyatakan di dalam ucapan memfitnah tersebut, namun ucapan berkenaan jelas merujuk kepada plaintif, kerana ia satu-satunya syarikat Malaysia yang dibenarkan mengimport telur dari India seperti diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam sidang Parlimen pada 8 Mac tahun sama.
Menurut syarikat itu, kenyataan tersebut tidak benar dan melampau yang mana syarikat berkenaan tidak pernah terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan apa-apa rundingan terus dengan Kerajaan Malaysia.
- Bernama
Bernama
Mon May 13 2024
Deepak berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.