awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2021
20:44 MYT
UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19
UCYP ditutup berikutan seorang penuntut dijangkiti Covid-19. (Gambar kecil: Mohamad Noor) -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) ditutup berikutan seorang penuntut institusi milik penuh Yayasan Pahang (YP) itu disahkan positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce COVID-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.
"Seramai 253 penghuni di UCYP telah menjalani kuarantin kendiri di bilik masing-masing sejak Khamis lalu. ADVERTISEMENT
"Kakitangan keselamatan UCYP yang bertugas akan mengawal premis dan semua laluan keluar masuk termasuk lorong-lorong tikus telah ditutup," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata, semua pergerakan keluar dan masuk ke UCYP juga tidak dibenarkan.
Jelasnya, seramai empat anggota Balai Kuantan berada di lokasi untuk mengawasi kawasan pergerakan dan rondaan parameter sehingga selesai proses saringan.
Mohamad Noor berkata, pasukan Pusat Kesihatan Daerah Kuantan telah melaksanakan saringan secara besar-besaran di UCYP bermula petang Jumaat.
"Semua kontak rapat (CC1) dicadangkan untuk dipindahkan ke pusat kuarantin," katanya.
Berita asal: UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19
Topic Berkaitan
#UCYP
#Kolej Universiti Yayasan Pahang
#COVID-19
#Yayasan Pahang
#Mohamad Noor Yusof Ali
#Taskforce COVID-19 Pahang
#Balai Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan