awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'

Haider Yutim
Haider Yutim
12/02/2023
07:55 MYT
UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'
Islam Makhachev mengekalkan kejuaraan lightweight miliknya selepas mengalahkan Alexander Volkanovski dalam acara utama UFC 284, pada Ahad. - Gambar fail
ISLAM Makhachev menggagalkan cubaan juara featherweight, Alexander Volkanovski, untuk bergelar 'champ champ' (juara berganda) selepas mengalahkan petarung dari Australia itu dalam acara utama UFC 284, pada Ahad.
Aksi yang berlangsung di Perth, Australia itu menyaksikan Makhachev, 31, mengekalkan kejuaraan lightweight miliknya apabila mencatatkan kemenangan ke atas Volkanovski menerusi keputusan sebulat suara selepas lima pusingan dengan catatan mata 48-47, 48-47, 49-46.
Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama jaguh dari Rusia itu mempertahankan kejuaraannya.
Kemenangan tersebut turut menaikkan ranking Makhachev dalam senarai ‘pound-for-pound’ (P4P) UFC, kepada nombor satu.
"Saya telah buktikan mengapa saya nombor satu, mereka (petarung lain) perlu tingkatkan lagi (kemahiran). Saya kini petarung terbaik dunia," kata Makhachev dalam temu bual selepas pertarungan.
Sementara itu, Volkanovski memaklumkan buat masa ini dia ingin turun kembali ke kelas featherweight dan menumpukan semula kepada divisyen tersebut.
Dengan keputusan terbaharu ini juga, Makhachev melebarkan rekod profesionalnya kepada 24 - 1, manakala rekod Volkanovski pula menjadi 25 - 2 selepas mencatatkan kekalahan kedua dalam kariernya.
Makhachev meraih gelaran lightweight UFC pada Oktober tahun lalu selepas melakar kemenangan menerusi kuncian 'arm triangle' ke atas Charles Oliveira dari Brazil dalam acara utama UFC 280.
THE NEW P4P #1 IN THE WORLD!! @MakhachevMMA has defeated Alex Volkanovski by unanimous decision! #UFC284 pic.twitter.com/zpqyy7HKZ6
— UFC (@ufc) February 12, 2023
Dalam acara kedua utama, Yair Rodriguez dari Mexico mencatat kemenangan ke atas petarung Amerika Syarikat, Josh Emmett, untuk meraih kejuaraan interim featherweight UFC.
Rodriguez menewaskan Emmett menerusi kuncian 'triangle choke' pada minit 04:19, pusingan kedua.
Petarung berusia 30 tahun itu bakal bertemu Volkanovski, selaku juara featherweight, untuk pertarungan penyatuan bagi gelaran tersebut.
Topic Berkaitan
#Islam Makhachev
#UFC 284
#lightweight UFC
#Alexander Volkanovski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan