Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook 'Raja Rimba' yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana Negeri.
"Setakat ini kita masih mencari pemilik akaun itu," katanya ketika dihubungi.
Raja Rimba antara lain membuat catatan "Kita serang kroni taib...bakar kilang CMS dan Naim," dalam satu kumpulan Facebook, NCR Sarawak.
Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik akaun itu turut memuat naik catatan 'I will kill u' beserta gambar Taib dalam kumpulan Facebook sama, semalam, dan akaun berkenaan masih lagi aktif buat masa ini, namun kedua-dua catatan ini tidak dapat dikesan.
Dev berkata kes berkenaan disiasat sebagai ugutan jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana Negeri. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan
Iswardy telah membuat ulasan secara langsung di akaun YouTube miliknya bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun'.
Huzir bersara, Dev Kumar pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman susulan persaraan wajib Datuk Huzir Mohamed esok.
Video promosi judi: Polis buru sindiket utama
Siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.
Tak serik-serik, 11 individu ditangkap lagi langgar PKP
Sebelas orang dikesan di tujuh daerah di Sarawak didapati dua kali mengulangi perbuatan melanggar PKP.
Keluar tanpa alasan munasabah, tujuh dikompaun RM1,000
Tindakan mengenakan kompaun bagi individu yang ingkar PKP adalah arahan terbaru Bukit Aman untuk mengekang penularan COVID-19.
Ingkar PKP, 46 lagi ditangkap di Sarawak
46 Individu ditahan polis Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi Isnin kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ugut bunuh TYT Sarawak, pemilik akaun FB 'Raja Rimba' dicari
Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook 'Raja Rimba' yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Tun Abdul Taib Mahmud.
Guru ditahan disyaki cabul murid Tahun Dua di Miri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap pada 3.30 petang semalam di pekarangan Balai Polis Miri.
Ketua JSJ Sabah, Sarawak antara 20 pegawai kanan ditukar jawatan
Semua pertukaran itu berkuasa kuasa 14 Mei ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas senjata
Berdasarkan semakan dokumen pengenalan diri, dua daripada tiga lelaki yang ditahan merupakan anggota tentera negara jiran.