awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut mahu sebar video bogel, lelaki ditahan

Bernama
Bernama
06/09/2022
08:16 MYT
Ugut mahu sebar video bogel, lelaki ditahan
Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pada 28 Ogos lepas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.- Gambar hiasan
BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas disyaki melakukan pemerasan dengan menyebar video bogel sehingga memaksa mangsa membayar sejumlah wang kepadanya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam kenyataan berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pada 28 Ogos lepas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan kemudian dibawa ke IPD Batu Pahat semalam untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 26 tahun pada Julai lepas berkaitan satu ugutan membabitkan video bogel yang didakwa melibatkan dirinya.
Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan 'video bogel' terbabit sekiranya mangsa tidak membayar wang.
Mangsa kemudian memindahkan wang berjumlah RM1,900 ke akaun lelaki berkenaan.
"Lelaki itu direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ugut sebar video
#video bogel
#pemerasan
#Polis Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan