awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM rangkul lapan anugerah projek inovatif pendidikan dalam pembangunan lestari

Bernama
Bernama
24/12/2020
00:04 MYT
UIAM rangkul lapan anugerah projek inovatif pendidikan dalam pembangunan lestari
Kejayaan itu menyempurnakan slogan UIAM yang mengaplikasi konsep khalifah, iqra, amanah dan rahmatan lil alamin selain menguatkan lagi semangat kerjasama berpasukan dalam bidang-bidang kepakaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pusat Kepakaran Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (RCE Greater Gombak) meraih lapan anugerah Projek Inovatif Pendidikan dalam Pembangunan Lestari 2020.
Pencapaian itu diumumkan menerusi portal Global RCE Network pada Selasa.
Menurut UIAM dalam kenyataannya semalam, anugerah itu mengiktiraf projek dan program yang menjadi penghubung antara masyarakat tempatan selain menjadi penghubung dengan projek pembangunan lestari melibatkan pembelajaran, penyelidikan transformatif, inisiatif yang menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan serta pengembangan keupayaan pelbagai pihak.
Anugerah berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Outstanding Flagship Project, Acknowledged Flagship Project dan Honourable Mention.
"Bagi kategori Outstanding Flagship Project sebanyak dua projek menerima anugerah iaitu 'Change The World' dan 'Whole Community Transformation Through Feed to Educate'. Tiga projek di bawah kategori Acknowledged Flagship Project menerima anugerah iaitu 'Mainstreaming SDGs-Society as Agent of Changes', 'Living in Fortuitous Era' dan 'Greater Gombak Animal Shelter Project.'
"Tiga projek di bawah kategori Honourable Mention yang menerima anugerah ialah 'Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Asli Club Mentoring Enviro-Camp', 'IIUM Mental Health and Psychosocial Care Team' dan 'Capacity Building for Islam, Peace and Civilizational Development: Engaging Extremism, Terrorism and Conflict through Education for Sustainability (2019-2020)," menurut kenyataan itu.
UIAM yang diisytiharkan sebagai RCE pada April lepas adalah jaringan kerjasama antara individu, masyarakat, pakar dan organisasi yang komited dalam membina masa hadapan lestari melalui pendidikan.
Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kenyataan itu berkata kejayaan yang diraih menyempurnakan slogan UIAM dengan mengaplikasi konsep khalifah, iqra, amanah dan rahmatan lil alamin selain menguatkan lagi semangat kerjasama berpasukan dalam bidang-bidang kepakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UIAM
#anugerah
#Global RCE Network
#Gombak
#RCE
#kerjasama
#Dzulkifli Abdul Razak
#projek inovatif
#pendidikan
#pembangunan lestari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan