KUALA LUMPUR: Walaupun menghadapi gangguan dalam persiapan akibat pandemik COVID-19, namun UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.
Penolong Ketua Jurulatih pasukan Wan Mustafa Wan Ismail berkata, pasukan itu telah menjalani proses persediaan menerusi perlawanan persahabatan pramusim dengan menyertai kejohanan tiga penjuru Piala Bandaraya Shah Alam (PBSA 201).
"Latihan persediaan kami berjalan lancar, sebenarnya kami telah bermula awal iaitu sekitar November dan Disember tahun lepas. Pemain kami bersedia dan teruja menunggu pembukaan musim Liga Super 2021," katanya.
"Kami mempunyai rekod pertemuan yang baik berhadapan TFC dalam Liga Malaysia, malah kami menang dalam pertemuan terakhir kami dengan jaringan 2-1. Kami berharap pemain kami akan dapat mengekalkan rekod dan momentum mereka kali ini, terutamanya bermain di tempat sendiri," katanya ketika majjlis pelancaran pasukan UiTM FC secara dalam talian pada Khamis.
Beliau berkata, pasukan itu amat berbanga kerana ketua jurulatih mereka Frank Bernhardt menerapkan budaya bola sepak Jerman kepada pasukan itu, yang mengabungkan beberapa kualiti dan budaya untuk perkembangan bola sepak.
"Beliau bawa budaya baharu. Kita semua tahu Jerman adalah bekas juara dunia dan malah mempunyai pasukan yang hebat seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund," katanya.
Bercakap mengenai barisan pemain Wan Mustafa menyatakan keseluruhannya terdapat lima pemain import termasuk penjaga gol baharu dari Crotia Dominic Picak, Abu Bakar La-Mel (Lubnan), Nana Poku (Ghana) dan Adam Michel Tull (Filipina).
Beliau berkata Victor Nirenold dari Perancis dikekalkan sebagai ketua pasukan.
"Pemain tempatan pula, kita ada lapan pemain yang merupakan pelajar UiTM dan juga empat bekas pelajar," katanya.
UiTM mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, namun ia dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini. - Foto Facebook UiTM FC
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
UiTM tarik diri dari Liga Super
UiTM FC sah menarik diri daripada saingan Liga Super musim ini bagi menyusuli jejak Petaling Jaya City.
Liga Premier: Kelantan kekal unggul di carta liga
Pendahulu liga, Kelantan FC terus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Premier musim apabila mengalahkan UiTM FC 3-0 di Stadium UiTM Shah Alam, di sini malam ini.
Liga Super: Kedah ke tangga kedua selepas elak diaib UiTM
KDA FC masih terikat 40 mata dengan Penang FC dan hanya berkelebihan daripada segi jaringan menjelang perlawanan terakhir hujung minggu ini.
Mohd Sazili dilantik Presiden UiTM FC berkuat kuasa serta-merta
Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi hari ini dilantik sebagai Presiden UiTM FC yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Profesor Dr Azizan Abdullah.
JDT lakar kemenangan selesa ke atas UiTM FC
JDT kini tiga mata di hadapan pencabar terdekat Terengganu FC yang membelasah Perak FC 5-0 pada aksi pada Sabtu.
ACL: Sepakan penalti terus hantui JDT
Terjahan kasar pertahanan JDT, Adam Nor Azlin, terhadap Mateus dos Santos Castro menghadiahkan sepakan penalti seawal minit keempat.
Liga Super: Perak bangkit untuk benam UiTM FC 3-2
Penyerang import dari Ghana, Nana Poku mengejutkan tuan rumah pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti selepas melakukan larian solo ke dalam kotak penalti.
Aiman pemain 'wonder boy' - Mora
Arif Aiman dikatakan akan merevolusikan pasukan Harimau Selatan dan Liga Super Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.
UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.
JDT berada di landasan tepat raih kejuaraan Liga Super ketujuh
Menerusi kemenangan itu, skuad kendalian Benjamin Mora terus gah di persada carta Liga Super dengan 19 mata, dengan berbaki empat perlawanan lagi, selepas mencatatkan enam kemenangan dan satu seri.