awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM kekalkan kedudukan dalam QS World University Rankings 2022

Bernama
Bernama
09/06/2021
12:48 MYT
UiTM kekalkan kedudukan dalam QS World University Rankings 2022
Penarafan tersebut meletakkan UiTM dalam kalangan 50 peratus universiti terbaik dunia. - Gambar fail/ Bernama
SHAH ALAM: Kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kekal pada kedudukan band 651-700 daripada keseluruhan 1,300 buah universiti di seluruh dunia di bawah senarai penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Roziah Mohd berkata penarafan tersebut meletakkan UiTM dalam kalangan 50 peratus universiti terbaik dunia dengan menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya.
Malah katanya UiTM merupakan antara tiga universiti tempatan yang berjaya mengekalkan prestasi dan kedudukan masing-masing selain Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Tunku Abdul Rahman.
"Reputasi akademik mencatatkan peningkatan sebanyak 28 anak tangga ke kedudukan 338 berbanding 366 pada tahun lalu yang secara langsung menunjukkan kolaborasi yang bertambah baik dengan rakan sejawatan dari universiti lain di dalam mahupun luar negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Roziah berkata pencapaian tersebut memberi petanda bahawa pendekatan norma baharu yang dilaksanakan tidak menjejaskan operasi universiti dan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan, rakan akademik mahupun industri.
Menurutnya pertemuan, persidangan, pengajaran dan pembelajaran secara maya yang dilaksanakan secara agresif dengan rakan strategik membantu universiti untuk terus berdaya saing serta kekal dengan kualiti dan kecemerlangan akademik.
"Di sebalik pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi akibat pandemik COVID-19, UiTM komited untuk menggerakkan segala inisiatif yang telah dirancang ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM
#ranking
#Dunia
#world ranking
#Quacquarelli Symonds
#QS World University Rankings
#Roziah Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan