Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada masyarakat sivil bukan Melayu seperti kumpulan Hindraf 2.0 agar tidak membuat tuntutan tidak masuk akal berkaitan hak Bumiputera.

"Kalau pun nak membahaskannya, bagilah masa sehingga masyarakat yakin bahawa kita tidak berganjak dengan dasar yang ada," kata Anwar ketika ditemubual di dalam program AI terbitan Astro AWANI.




Tegas Anwar, Perlembagaan Persekutuan tetap menjadi asas pentadbiran serta hala tuju kepemimpinan kerajaan diterajui Pakatan Harapan.

Anwar menjawab isu ini melalui program wawancara khas AI, yang bersiaran pada Khamis, pukul 8.15 malam di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com/live-tv.

AI berdurasi 15 minit bersiaran setiap Khamis, 8.15 malam memberi fokus kepada pandangan dan pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu-isu semasa yang dikendalikan oleh Ashwad Ismail.

Saksikan temubual penuh di sini -