BANGKOK: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar pada Mei lalu adalah warga Malaysia Goi Zhen Feng, yang dipercayai mangsa sindiket penipuan kerja.
Keputusan ujian DNA yang diterima pada kira-kira 4 petang semalam menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung (biological father) kepada mangsa.
Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum (Pahang) Sim Chon Siang yang membantu Chee Kong di Bangkok berkata dengan keputusan ujian DNA itu, pihak keluarga akan membuat permohonan penukaran nama mayat itu ke nama sebenar - Zhen Feng.
"Selepas itu, upacara pembakaran mayat (cremation) akan diadakan.
"Kami jangkakan abu mayat mangsa akan dapat dibawa pulang oleh ibu bapa mendiang ke kediaman mereka di Ipoh pada Jumaat atau Sabtu ini," katanya kepada Bernama.
Pada September 4, Bernama melaporkan Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun ke Bangkok untuk mencari anak lelaki sulung mereka yang hilang.
BACA: Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Namun, pasangan suami isteri yang tiba di Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu anak lelaki mereka yang dikatakan sakit dan menerima rawatan di Hospital Mae Sot telah dimaklumkan Zen Feng sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu.
Lebih menyedihkan apabila mereka mendapat tahu bahawa anak mereka itu menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di Myawaddy, Myanmar.
Pasangan itu turut dimaklumkan doktor bahawa mendiang telah didera sebelum dihantar ke hospital oleh kumpulan sindiket penipuan kerja pada 11 April lepas dengan menggunakan nama palsu "Mun Jun Hong" dan nombor pasport palsu.
Mangsa telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dan meninggal dunia pada 2 pagi 11 Mei sebelum jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi atas nama "Mun Jun Hong" .
Pada 2 September, keluarga mangsa terpaksa mengumpul dana untuk menjelaskan tunggakan bil hospital kira-kira RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kematian untuk menjalankan ujian DNA, pembakaran mayat serta membawa abu mangsa pulang ke Ipoh.
Zhen Feng, pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu dan bertemu rakan media sosialnya.
Dia sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya pada 5 Februari. Berikutan itu pada 7 Februari bapanya membuat laporan orang hilang.
Pada 31 Mac, pelajar itu menghubungi keluarganya dan memberitahu dia berada di Mae Sot di Wilayah Tak serta memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan sebelum hilang khabar berita.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Goi Chee Kong dan isterinya ketika ditemui di Bangkok. Mereka mencari anak sulung mereka dan kemudiannya mendapat berita kematiannya pada 11 Mei di Hospital Mae Sot, dekat sempadan Thailand-Myanmar. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.
29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September
Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.
Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng
Keputusan ujian DNA pada Isnin menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa.
Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja.
195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin
Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept).