awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UKM angkat identiti nasional, raih pengiktirafan antarabangsa

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/09/2025
21:45 MYT
UKM angkat identiti nasional, raih pengiktirafan antarabangsa
Pengiktirafan antarabangsa turut dizahirkan melalui minat universiti terkemuka dunia untuk bekerjasama dengan UKM.
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan identiti nasional sambil melangkah ke pentas antarabangsa dengan pelbagai pengiktirafan serta kerjasama global.
Naib Canselor UKM, Prof Dr Sufian Jusoh menegaskan, pembangunan negara tidak hanya bergantung pada aspek ekonomi dan teknologi, sebaliknya perlu berlandaskan identiti nasional yang mencerminkan keunikan masyarakat Malaysia berbilang kaum.
“Kalau kita nak membangunkan negara, kita juga mesti membangunkan identiti kita. Kita mesti menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa siapa orang Malaysia dan bagaimana kita hidup bersatu padu dalam kepelbagaian,” katanya dalam program Agenda AWANI.
UKM kini berada pada kedudukan ke-126 dunia dalam World University Ranking, meletakkannya lebih tinggi berbanding beberapa universiti ternama di United Kingdom dan Switzerland.
Pengiktirafan antarabangsa turut dizahirkan melalui minat universiti terkemuka dunia untuk bekerjasama dengan UKM, malah Sufian turut mendedahkan menerima jemputan daripada Massachusetts Institute Of Technology (MIT) untuk mengadakan kolaborasi penyelidikan.
“Beberapa minggu lepas, saya mengadakan perbincangan dengan provost Massachusetts Institute of Technology (MIT), beliau mengajak saya berkolaborasi dengan MIT dan saya akan ke Boston pada Disember ini.
“Ini menunjukkan UKM mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan universiti yang tersohor di dunia,” katanya lagi.
Dalam masa sama, UKM komited menyokong dasar negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.
Menyedari keterbatasan fasiliti tempatan, UKM bersedia menjalin kerjasama strategik dengan universiti di Jepun bagi membolehkan penyelidik Malaysia mengakses makmal berteknologi tinggi.
“Pengantarabangsaan kita pada masa ini ialah untuk mendapatkan teknologi, dana dan membina upaya penyelidik UKM supaya mereka dapat bersaing dengan penyelidik-penyelidik negara lain,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#pendidikan
#kecerdasan buatan
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan