Skip to main content

Malaysia

UKM cipta sejarah, julung kali berada dalam kedudukan 20 universiti terbaik Asia

Kejayaan itu juga merupakan pencapaian tertinggi UKM sejak penarafan itu diperkenalkan pada 2009, meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Kejayaan itu juga merupakan pencapaian tertinggi UKM sejak penarafan itu diperkenalkan pada 2009, meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Advertisement

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah apabila buat julung kali berjaya menempatkan diri di kedudukan 20 universiti terbaik Asia menerusi QS Asia University Rankings 2027.

Penarafan itu menyaksikan UKM melonjak ke kedudukan keempat di Asia Tenggara dan kedua di Malaysia. 

Kejayaan itu juga merupakan pencapaian tertinggi UKM sejak penarafan itu diperkenalkan pada 2009, meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Sufian Jusoh menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian penting yang membanggakan seluruh warga universiti dan negara.

“Kejayaan menembusi kelompok 20 universiti terbaik Asia buat pertama kali membuktikan keupayaan UKM untuk berdiri sebaris dengan institusi pendidikan tinggi terkemuka di rantau ini. 

Advertisement

“Pencapaian ini merupakan hasil iltizam, usaha kolektif dan komitmen seluruh warga UKM dalam membudayakan kecemerlangan yang berterusan dalam akademik, penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata ia juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Pelan Strategik UKM 2026–2030 (TEKAD57) dalam merealisasikan aspirasi universiti bertaraf dunia yang berjiwa kebangsaan, berteraskan kecemerlangan ilmu, kelestarian dan impak kepada masyarakat.

Sufian berkata penarafan bukan satu-satunya ukuran kejayaan sesebuah universiti, bagaimanapun UKM akan terus memperkukuh momentum kecemerlangan itu melalui pendidikan berkualiti, penyelidikan berimpak tinggi dan inovasi demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

“Apa yang lebih penting ialah bagaimana UKM dapat menyediakan pendidikan berkualiti, menghasilkan penyelidikan yang memberi kesan kepada masyarakat dan melahirkan graduan yang mampu memenuhi keperluan semasa," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement