PITAS: Ulad Sugantong masih teringat tidak berapa lama dahulu apabila beliau bersama penduduk Kampung Mangkapon di sini terpaksa menggantung telefon bimbit di atas sebatang tiang buluh bagi mendapatkan akses internet yang lebih baik.
Menurut Ulad, 71, telefon bimbit itu digantung dalam sebuah botol plastik dan diaktifkan mod 'hotspot' bagi membolehkan telefon bimbit beliau serta ahli keluarga mendapatkan akses internet, namun akhir tahun lepas beliau bersama penduduk kampung majoritinya berketurunan Rungus ceria dapat menurunkan telefon itu.
Kini sebuah menara telekomunikasi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi 4G dibina dan beroperasi September lepas di kampung itu, seterusnya membawakan kemudahan internet yang mengubah kehidupan mereka.
"Sebelum ada menara di sini orang kampung semua sibuk naik bukit, naikkan telefon atas tiang buluh dapatkan internet, itu telefon diaorang tarik dalam botol macam naikkan bendera pergi atas, jadi orang kampung merayu kepada kerajaan mahu dirikan satu menara (telekomunikasi) di kampung ini.
"Bila ini tempat sudah dapat menara, sudah berdiri dan beroperasi, semua orang kampung senang bukan sahaja daripada segi pembelajaran anak-anak, bahkan juga semua perniagaan diusahakan orang kampung," kata Ulad yang juga seorang pastor di kampung itu kepada Bernama.
Anaknya, Rupyin, 45, pula berkata kemudahan internet amat membantu pembelajaran dua anaknya yang merupakan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor dan seorang lagi menghadapi peperiksaan SPM.
"Sedih juga hati saya apabila lihat anak terpaksa gantung telefon atas tiang mahu dapatkan internet untuk PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) tetapi itu terpaksa kami lakukan untuk mendapatkan internet lebih baik.
"Tetapi hari ini berbeza apabila ada menara komunikasi di kampung ini, internet bertambah laju dan anak-anak dapat belajar dengan baik, ini memberikan cara untuk anak-anak kita di kawasan luar bandar ini bersaing dengan anak-anak di bandar," katanya.
Rupyin berkata selain itu internet membolehkan penduduk terutama suri rumah seperti dirinya untuk memperoleh pendapatan sampingan dengan memasarkan kraftangan masyarakat Rungus dibuatnya bersama penduduk, seperti gelang, rantai dan anting-anting diperbuat daripada manik.
Chrise Norsidi, 22, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UTHM yang juga anak Rupyin berkata, ketika tiada liputan internet beliau agak sukar membuat pendaftaran subjek secara dalam talian di universiti terutama subjek elektif yang menjadi pilihan ramai pelajar.
Beliau berkata dengan adanya talian internet di kampung itu beliau dapat berhubung dengan rakan sekuliah di mana-mana sahaja bagi bertukar pendapat, berkomunikasi dan belajar bersama, berbanding ketika ini tidak dapat berkomunikasi dengan rakan apabila pulang ke kampung halamannya.
Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Izani Othman berkata pihaknya menerima aduan penduduk kampung itu mengenai ramai pelajar yang sukar mengikuti PdPR kerana kesukaran mendapatkan talian internet.
"Kita kemudian berjumpa dengan penduduk kampung dan kenal pasti masalah serta penyelesaiannya, maka menara komunikasi ini siap dibina pada Julai tahun lepas ambil masa sembilan hingga 10 bulan siapkan, kemudian bulan September tahun lepas sudah mula operasi.
"Sememangnya ada kesukaran seperti kita lihat sendiri jalan masuk ke kawasan ini amat mencabar dan untuk mendapatkan punca kuasa elektrik itu, tetapi kita berjaya sediakan menara ini untuk penduduk kampung mendapatkan kemudahan internet," katanya.
Beliau berkata menara di Kampung Mangkapon merupakan salah satu daripada 109 menara yang telah siap dan beroperasi sehingga Disember 2021, daripada 538 menara dicadangkan menerusi Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah, manakala baki menara itu dijadual disiapkan menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Pairin Ulad kini mudah menghubungi keluarga dan sanak saudara yang jauh dengan menggunakan telefon bimbit selepas pembinaan menara telekomunikasi di kampungnya. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Ulad tidak lagi gantung telefon atas tiang buluh dapatkan internet
Kini sebuah menara telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi 4G telah dibina dan mula beroperasi September lepas di kampungnya.