BALIK PULAU: Sudahlah berbau busuk dan meloyakan, pemeriksaan di sebuah kilang memproses petis udang di Pantai Acheh di sini, turut menemui ulat berenga di dalam tong penyimpanan makanan itu.
Malah keadaan kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu sangat kotor selain tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati kilang tersebut menyimpan stok petis udang lama yang dipenuhi ulat berenga di stor yang sama dengan stok baharu.
Apa yang dibimbangi, kata Mohd Wazir, bekalan stok baharu petis udang yang tertera tarikh luput pada 2024 kelihatan sudah rosak pada fizikalnya.
Pemeriksaan pihaknya juga mendapati pemilik kilang itu telah menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengaburi mata pengguna sedangkan syarikat tersebut tidak pernah memohon sijil tersebut daripada pihak bertanggungjawab.
“(Penggunaan logo) amat membimbangkan kita sebab kebanyakan premis yang kita buat serbuan kita lihat masih lagi menggunakan logo halal, kita akan syorkan kepada agensi berkaitan supaya mengambil tindakan susulan sebab kita tak nak isu penipuan wujud dalam perkara ini,” kata beliau.
Mohd Wazir berkata demikian kepada wartawan selepas menyertai Ops Bersih di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, katanya, kilang itu pernah diserbu pada 2019 kerana kesalahan sama dan pemeriksaan kali ini pengusahanya masih tidak serik mengulanginya.
Susulan serbuan itu, pihaknya mengeluarkan dua notis kompaun berjumlah RM5,000 selain diarah tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan.
Sementara itu, dalam serbuan kedua di sebuah kilang kicap di Jalan Batu Maung pula, pasukan penguatkuasa menemui najis tikus di dalam premis.
Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati proses pembuatan kicap di kilang itu dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran silang kerana terdapat bahan asing seperti sarang labah-labah di dalam tong penapaian kacang soya dan najis tikus di lantai.
Kilang itu turut dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 dan pemilik diarahkan menjalankan pembersihan serta kawalan serangga perosak.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 28 2021
Dalam serbuan di sebuah kilang kicap di Jalan Batu Maung pula, pasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menemui najis tikus di dalam premis. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ulat berenga ditemui dalam petis udang, najis tikus pula di kilang kicap di Pulau Pinang
Kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu sangat kotor selain tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.