awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UM capai sasaran antara 100 universiti terbaik dunia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/06/2018
09:01 MYT
UM capai sasaran antara 100 universiti terbaik dunia
MASZLEE: UM berjaya mencapai sasaran menjadi antara 100 universiti terbaik dunia 2019. Tahniah UM. UM berjaya menduduki tempat ke-87 berbanding tahun sebelumnya 114. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Universiti Malaya (UM) berjaya tersenarai dalam 100 universiti terbaik di dunia.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berdasarkan Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2018/2019 yang menyenaraikan UM di tempat ke-87 dalam senarai universiti terbaik dunia.
“UM berjaya mencapai sasaran menjadi antara 100 universiti terbaik dunia 2019. Tahniah UM. UM berjaya menduduki tempat ke-87 berbanding tahun sebelumnya 114. Peningkatan yang sangat mengagumkan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.
Selain itu, empat lagi universiti awam juga berjaya menunjukkan peningkatan menbanggakan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan 184, Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-202, Universiti Sains Malaysia (USM) kedudukan ke-207 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-228.
Selain itu, lapan universiti swasta yang turut tersenarai dalam 1,000 universiti terbaik dunia.
“Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa ini adalah julung kalinya UCSI, MMU , Taylor’s University, disenaraikan dalam rekod dunia ini. Syabas,” katanya lagi.
Justeru katanya, kerajaan akan terus menyediakan bantuan dan sokongan rangkaian dengan rakan penyelidik antarabangsa.
“Kerajaan baharu ini juga akan mengotakan janji untuk memberi kepada universiti secara lebih kuasa autonomi, saya rasa ini lebih penting bagi membantu mereka mencapai sasaran penyelidikan selaras dengan amalan antarabangsa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#Malaysia
#Maszlee Malik
#menteri
#MMU
#pendidikan
#QS
#Sains
#UCSI
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan