KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah kanan universiti yang dikaitkan sebagai pengikut Freemason.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, UM memaklumkan, sedang mendapatkan gambaran menyeluruh dengan meneliti setiap aspek dakwaan berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.
Advertisement
Sehubungan itu, UM menasihatkan orang ramai agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan mengelakkan sebarang bentuk spekulasi atau penyebaran maklumat tidak disahkan yang boleh menjejaskan integriti siasatan serta privasi pihak terlibat.
Universiti itu menegaskan komitmen untuk menangani setiap isu secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip tadbir urus yang baik.