Umat Islam diajak sentiasa berusaha mempertahankan ketinggian al-Quran dan ajaran-ajarannya dengan menolak segala bentuk penyelewengan dan percubaan yang mengaitkan Islam dengan keganasan dan ekstremisme.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata malangnya penghayatan terhadap kesucian dan keindahan hari-hari pada bulan Ramadan tahun ini sedikit diganggu oleh beberapa insiden pembunuhan dan keganasan yang pada zahirnya melibatkan orang Islam dan dibuat atas nama Islam.
"Hal ini tentunya sangat bertentangan dengan ajaran al-Quran yang berasaskan prinsip rahmat, kemanusiaan dan keadilan.
Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja, sudah tentu imej ajaran al-Quran yang murni ini akan terjejas dan diselaputi persepsi yang negatif," katanya menerusi laman blog najibrazak.com sempena peristiwa Nuzul al-Quran 1438H yang akan disambut esok.
Melalui pelbagai dasar dan prinsip yang dipegang termasuk Indeks Syariah Malaysia dan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) serta pelbagai inisiatif merentasi bidang-bidang utama kehidupan, Najib berharap agar Islam tidak hanya disinonimkan dengan perkara yang negatif sahaja.
"Negara kita bukan sahaja mementingkan pembangunan material, sebaliknya pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir. Semua ini kita tekuni sebagai manifestasi penghayatan ajaran al-Quran yang menganjurkan kemakmuran bersepadu duniawi dan ukhrawi," katanya.
Najib berkata Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang komited dan progresif, sentiasa berusaha untuk melunaskan pedoman Qurani supaya dapat dihayati oleh setiap umat Islam di negara ini kerana al-Quran akan menjadi pelindung diri bagi sesiapa saja yang membacanya, memahami serta mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.
Mengambil contoh penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-59 baru-baru ini, katanya, ia menjadi bukti kepada kematangan dan kemampuan Malaysia untuk menerapkan nilai-nilai qurani di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak. Seterusnya, tanggal 17 Ramadan pada setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut satu daripada peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadan iaitu peristiwa "Nuzul al Quran".
Beliau turut memetik penurunan wahyu terakhir, iaitu Al-Quran Al-Karim yang merupakan bukti kasih sayang Allah SWT kepada makhluk ciptaanNya agar mereka mempunyai panduan dan neraca yang terbaik dalam mengatur kehidupan.
"Allah telah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat ke-185 yang bermaksud: (masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." katanya memetik ayat suci itu.
Najib seterusnya mengajak umat Islam menghiasi Ramadan kali ini dengan bertalaqqi, bertadarus, mentadabbur serta mengambil manfaat dan pedoman sebanyaknya dari Kalam Suci ini.
"Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan Al-Quran.
"Akhir kata, semoga kita terus dikurniakan kesihatan dan taufiq untuk menghidupkan siang dan malam di bulan Ramadan yang berbaki untuk tahun ini serta mengulanginya dalam tahun-tahun yang mendatang.
Saya mendoakan agar keberkatan Nuzul al-Quran ini juga akan menyatukan hati kita semua untuk menjadi ummah yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
Najib mengajak umat Islam menghiasi Ramadan kali ini dengan bertalaqqi, bertadarus, mentadabbur serta mengambil manfaat dan pedoman sebanyaknya dari Kalam Suci ini. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.