awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu hayati prinsip awlawiyyat, utama amalan bagi hadapi kematian

Bernama
Bernama
04/01/2026
03:40 MYT
Umat Islam perlu hayati prinsip awlawiyyat, utama amalan bagi hadapi kematian
Meskipun mengingati kematian merupakan perkara digalakkan dalam kehidupan seorang Muslim, namun fokus utama seharusnya diberikan kepada perkara benar-benar memberi manfaat selepas kematian iaitu amalan dan bekalan akhirat. - Gambar hiasan Bernama
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam supaya berpegang kepada prinsip awlawiyyat iaitu mengutamakan sesuatu yang lebih penting berdasarkan hukum syarak termasuk dalam persediaan menghadapi kematian.
Beliau berkata, meskipun mengingati kematian merupakan perkara digalakkan dalam kehidupan seorang Muslim, namun fokus utama seharusnya diberikan kepada perkara benar-benar memberi manfaat selepas kematian iaitu amalan dan bekalan akhirat.
"Sebenarnya mengingati kematian itu perkara yang sangat penting namun kita perlu menginsafi bahawa apabila kita meninggalkan dunia yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah. Itu yang perlu menjadi tumpuan.
"Sebagai pihak yang menguruskan hal ehwal agama, kita menyeru umat Islam supaya memberi fokus kepada perkara lebih utama berbanding perkara bukan keutamaan atau awlawiyyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI'25) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, malam tadi.
Zulkifli turut bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman bahawa tindakan membelanjakan wang berlebihan untuk kain kafan mewah atau berjenama bukan sesuatu dianjurkan dalam Islam.
Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu tidak wajar dipanjangkan sebaliknya umat Islam perlu mengambil peluang untuk bermuhasabah diri dan menilai sejauh mana persiapan dilakukan sebagai bekalan menghadapi kematian.
Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita berkongsi telah membuat tempahan set kain kafan didakwa mencecah hampir ribuan ringgit direka khas oleh pereka fesyen terkenal sebagai persediaan menghadapi kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#awlawiyyat
#kematian
#hukum syarak
#kain kafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan