Gerakan Pembela Ummah Perak (UMMAH Perak) memberi tempoh dua minggu untuk kerajaan negeri Perak menggerakkan karnival jualan atau kempen berkaitan produk halal di masjid.
Pengerusinya, Datuk Khalil Idham Lim Abdullah menegaskan, jika tiada sebarang maklum balas berhubung perkara itu, pihaknya bertekad untuk meneruskan jadual kempen Buy Muslim First (BMF) yang sudah siap disusun di semua masjid pilihan seluruh Perak.
Katanya lagi, tindakan menghalang kempen BMF dijalankan di seluruh masjid negeri Perak adalah bercanggah dengan kenyataan Mufti Perak yang menyokong program ini sebelum ini.
"Kami menegaskan Kempen BMF bukannya rasis dan tidak berhasrat memboikot produk bangsa lain, tetapi bentuk kempen biasa yang sihat dalam dunia perniagaan.
"Kempen ini mensasarkan peniaga muslim untuk pembeli muslim di tempat paling mulia umat Islam berhimpun, masjid perlu menjadi pusat kesatuan dan penggerak ekonomi umat Islam.
"Larangan ini (BMF) adalah satu larangan yang sangat janggal, tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara, orang nak menjual produk Muslim dalam (kawasan) masjid. Produk Muslim itu istilah saja... ia benda yang halal lah," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Ipoh pada Ahad.
Katanya lagi, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berhubung isu itu adalah tindakan yang tidak menghormati Institusi dan Jabatan Mufti.
Baru-baru ini, Asmuni sebagaimana yang dilaporkan media, melarang kempen BMF di seluruh masjid di negeri Perak.
Beliau dipetik berkata Perak memilih untuk mengutamakan kempen membeli barangan halan kerana ianya adalah tuntutan sebenar seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
Asmuni turut berpesan kepada pimpinan mana-mana parti yang terlibat dalam kempen berkenaan agar melihat jauh kesan yang akan dihadapi oleh para peniaga Melayu.
BACA: BMF bukan usaha boikot produk bukan Muslim - YPNM
BACA: Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
Aida Aziz
Sun Oct 20 2019
Menurut Datuk Khalil Idham Lim Abdullah, larangan ke atas BMF adalah sangat janggal, dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
BMF bantu golongan B40 miliki rumah - Vincent Tan
Vincent Tan percaya usaha sosial itu akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki oleh golongan B40.
Selepas bentuk kerajaan, ke mana kempen BMF tajaan Pas, soal Faiz Fadzil
Faiz berkata, sikap membisu Pas dalam kempen itu selepas membentuk kerajaan membuktikan bahawa parti itu hanya mempolitikkan kempen tersebut.
Kempen BMF: Masjid perlu buka kedai runcit 24 jam - MPMMK
Fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata.
Peranan Jakim, kempen BMF antara tumpuan Parlimen hari ini
Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah penjelasan berhubung tindakan diambil kerajaan bagi mengawal dan membanteras aktiviti penyeludupan barangan (transshipment) seperti beras dan gula.
Tanjung Piai Memilih: Kaum Cina tak mudah kena tipu - PM
Perdana Menteri berkata, kaum Cina di negara ini sudah melalui 14 pilihan raya umum termasuk beberapa pilihan raya kecil, dan mereka tidak akan mudah terperdaya dengan taktik mengelirukan itu.
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Perniagaan tidak boleh bersifat monopoli
Kerajaan perlu memastikan setiap penghasilan produk dan perkhidmatan hendaklah menepati aspek amalan perdagangan yang digariskan kerajaan, selain menjamin hak dan keperluan pengguna.
Muslim atau bukan Muslim, landasan perniagaan terbuka untuk semua - Saifuddin
Kerajaan berpendirian landasan perniagaan harus terbuka kepada semua kaum di negara ini, selagi mana ia tidak bersifat monopoli serta menindas peluang untuk kaum lain.
UMMAH Perak beri tempoh dua minggu laksana kempen produk halal di masjid
Jika tiada sebarang maklum balas berhubung perkara itu, UMMAH Perak bertekad meneruskan jadual kempen Buy Muslim First (BMF).
Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ia terpulang kepada citarasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusan.