ALOR SETAR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.
Menurut beliau, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah pun diarahkan untuk menerbitkan salinan yang diperoleh parti daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat daripada RoS itu.
Jelasnya, segala isu dan polemik yang dibangkitkan berkenaan pertandingan bagi dua jawatan tertinggi di dalam UMNO itu diharap dapat dinoktahkan selepas pendedahan surat tersebut.
Katanya, tindakan itu juga akan mengukuhkan peranan PAU sebagai badan tertinggi bagi membuat sesuatu keputusan di dalam parti.
"(Surat daripada RoS yang akan diterbitkan itu) adalah satu tanda noktah bahawa Perhimpunan Agung UMNO merupakan badan tertinggi di dalam UMNO dan (membuktikan) peraturan telah diikuti selain perlembagaan (parti) juga dipatuhi sepenuhnya.
"(Ianya termasuklah) dalam memberikan kelulusan kepada Usul yang ke-8 di dalam pembentangan yang dibuat pencadang kepada usul ucapan Presiden, maka noktah ini adalah tanda penamat dan 'tutup buku' kepada polemik apa-apa isu mengenai pertandingan (dua jawatan tertinggi parti)," tegas beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Naib Presiden, MKT dan Exco Sayap-sayap UMNO Bagi Penggal 2023-2026 Peringkat Negeri Kedah dan Perlis di Bangunan Tunku, Alor Setar pada Ahad.
Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta presiden parti itu menunjukkan surat daripada RoS yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Ia disuarakan berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan PAU 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.
Semalam, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa usul tambahan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.
Beliau berkata, UMNO telah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU 2022.
Abd Hadi Che Awang
Sun Mar 05 2023
![UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678011261_TBZAHIDALORSETAR.jpg)
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022. - Foto BERNAMA
Petani, pesawah layak terima subsidi diesel
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, namun menjelaskan mereka layak terima subsidi berkenaan.
#AWANI745
#AWANI745
![Pesawat terhempas: Naib Presiden Malawi, sembilan disahkan terkorban Pesawat terhempas: Naib Presiden Malawi, sembilan disahkan terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718057719_SaulosKlausChilima.jpg)
Pesawat terhempas: Naib Presiden Malawi, sembilan disahkan terkorban
Presiden Malawi, Lazarus Chakwera memaklumkan serpihan bangkai pesawat telah ditemui dan kesemua mangsa tidak terselamat.
![TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718106581_TBZAHIDSPITAL.jpg)
TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN
Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717487560_TBRewcastleBrown.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
AWANI Borneo [11/06/2024] - Siasat dan bantu | Tingkat pengeluaran padi | KKR cari penyelesaian
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 11 Jun 2024
Hajiji mahu isu rumah Bajau Laut dan krisis air UMS diselesaikan
Sarawak sedia bantu MAFS tingkatkan pengeluaran padi
Pan Borneo banjir, apa kata Ahmad Maslan?
#AWANInews
#AWANIBorneo 11 Jun 2024
Hajiji mahu isu rumah Bajau Laut dan krisis air UMS diselesaikan
Sarawak sedia bantu MAFS tingkatkan pengeluaran padi
Pan Borneo banjir, apa kata Ahmad Maslan?
#AWANInews
![Terokai dunia di skrin besar dengan Sooka TV Stick Terokai dunia di skrin besar dengan Sooka TV Stick](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718105304_Sooka.jpg)
Terokai dunia di skrin besar dengan Sooka TV Stick
Jenama penstriman terkemuka Malaysia, Sooka melancarkan Sooka TV Stick yang dipenuhi ciri-ciri baharu serta menakjubkan.
Sarawak tak cabar Kerajaan Persekutuan! Fazzrudin bidas Hassan Karim
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman menegaskan kemampuan untuk berkolaborasi dan menyelesaikan isu-isu serta bukan sahaja permintaan dari Sarawak dan Sabah adalah bukti keberhasilan sistem federalisme dan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kesungguhan Premier transformasi Sarawak dikagumi
Pengarah Asia-Pacific Net Zero Institute Pte Ltd Peter Cochcroft berkata hasrat Abang Johari merealisasikan impian Sarawak itu disifatkannya suatu perkara positif.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kibing akan bina sebuah lagi kilang di Kimanis
Pelaburan fasa 2 bernilai RM7.3 bilion oleh SBH Kibing Solar Energy (m) Sdn Bhd ini akan membuka peluang pekerjaan kepada sekitar 5,000 anak tempatan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Tiga daripada 25 projek siap tahun ini
Sebanyak 25 projek naik taraf dan bina baharu sekolah termasuk sekolah daif sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di seluruh Sarawak.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
![UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678011261_TBZAHIDALORSETAR.jpg)
UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid
UMNO bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan PAU 2022.