ALOR SETAR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.
Menurut beliau, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah pun diarahkan untuk menerbitkan salinan yang diperoleh parti daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat daripada RoS itu.
Jelasnya, segala isu dan polemik yang dibangkitkan berkenaan pertandingan bagi dua jawatan tertinggi di dalam UMNO itu diharap dapat dinoktahkan selepas pendedahan surat tersebut.
Katanya, tindakan itu juga akan mengukuhkan peranan PAU sebagai badan tertinggi bagi membuat sesuatu keputusan di dalam parti.
"(Surat daripada RoS yang akan diterbitkan itu) adalah satu tanda noktah bahawa Perhimpunan Agung UMNO merupakan badan tertinggi di dalam UMNO dan (membuktikan) peraturan telah diikuti selain perlembagaan (parti) juga dipatuhi sepenuhnya.
"(Ianya termasuklah) dalam memberikan kelulusan kepada Usul yang ke-8 di dalam pembentangan yang dibuat pencadang kepada usul ucapan Presiden, maka noktah ini adalah tanda penamat dan 'tutup buku' kepada polemik apa-apa isu mengenai pertandingan (dua jawatan tertinggi parti)," tegas beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Naib Presiden, MKT dan Exco Sayap-sayap UMNO Bagi Penggal 2023-2026 Peringkat Negeri Kedah dan Perlis di Bangunan Tunku, Alor Setar pada Ahad.
Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta presiden parti itu menunjukkan surat daripada RoS yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Ia disuarakan berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan PAU 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.
Semalam, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa usul tambahan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.
Beliau berkata, UMNO telah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU 2022.
Abd Hadi Che Awang
Sun Mar 05 2023

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022. - Foto BERNAMA

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.
Filipina keluar amaran kesihatan
Asap tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat dan mengeluarkan amaran kesihatan yang didakwa disebabkan kegiatan aktif gunung berapi.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid
UMNO bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan PAU 2022.