KOTA KINABALU: UMNO memberi dukungan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus kekal menerajui Kerajaan Sabah, namun parti itu tetap meletakkan Barisan Nasional (BN) sebagai keutamaan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Keutamaan sebagai parti komponenan dalam BN itu akan terus dikekalkan, begitu juga Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mereka juga parti komponen BN, jadi itu harus digariskan bukan sebagai satu prinsip konvensional, tetapi itu perkara yang termaktub dalam perlembagaan BN sendiri," katanya yang juga Presiden UMNO.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tri-tahunan kali ketiga PBRS di sini hari ini.
Katanya kerjasama dalam GRS juga akan diteliti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti, dengan mengambil kira pandangan daripada parti-parti komponen lain termasuk BN Sabah sendiri, kerana lanskap politik Sabah berbeza daripada negeri-negeri lain.
Ahmad Zahid berkata yang paling penting, parti-parti dalam komponen BN perlu memenangkan calon masing-masing untuk membentuk kerajaan.
BACA: PRN Johor: Calon BN perlu ambil kira pelbagai latar belakang - Zahid Hamidi
GRS adalah terdiri daripada beberapa gabungan iaitu Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pas), BN (UMNO, MIC,MCA, dan PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Sementara itu, mengulas mengenai calon BN yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac depan, Ahmad Zahid berkata senarai nama itu selewatnya-lewatnya akan diumumkan pada 26 Feb ini.
Katanya perkara itu beliau diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya negeri Johor dan Ketua Penyelaras Pilihan Raya untuk mengumumkannya, selepas perundingan dengan semua parti-parti komponen diadakan dan latar belakang calon-calon berkenaan diteliti, serta layak untuk bertanding.
Mengenai persidangan itu, Ahmad Zahid yakin PBRS bukan lagi dianggap sebagai parti politik kecil sebaliknya mempunyai peranan besar dan penting, bukan sahaja untuk landskap politik Sabah tetapi juga secara keseluruhannya, apabila ramai pemimpin lain menyertai parti berkenaan yang kini mempunyai kira-kira 90,000 ahli.
Sementara itu, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata selaku parti komponen BN, PBRS memohon dan mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan, antaranya diberikan jawatan senator, mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, selain membantu mengatasi kenaikan harga barang.
Beliau berkata PBRS juga berharap agar diberi peluang untuk bertanding di beberapa kawasan yang diyakini boleh dimenangi oleh parti itu pada mana-mana pilihan raya akan datang, tertakluk kepada perbincangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada perasmian Persidangan Perwakilan Tri-Annual Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ketiga di Hakka Hall Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.