awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kelantan sambut baik pelantikan Azhar sebagai Speaker Dewan Rakyat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/07/2020
02:24 MYT
UMNO Kelantan sambut baik pelantikan Azhar sebagai Speaker Dewan Rakyat
Azhar (tengah) bersama Timbalannya Datuk Seri Azalina Othman (kanan) dan Datuk Mohd Rashid Hasnon (kiri) ketika hadir Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Keempat Belas di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 13 Julai. -- Bernama
Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyambut baik pelantikan Datuk Azhar Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 sambil menyifatkan Azhar sehaluan dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, pelantikan berkenaan juga tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan peraturan mesyuarat kerana usul menukar Yang Dipertua Dewan itu dibawa sendiri oleh Perdana Menteri yang mewakili kerajaan pada hari ini.
"Bahkan usul yang dibawa oleh Perdana Menteri telah diterima oleh mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibahas oleh ahli-ahli Dewan Rakyat mengikut lunas perlembagaan dan peraturan mesyuarat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan kekecohan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang dapat diterjemahkan sebagai tindakan tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini.
"Kita seharusnya menghormati usul ini kerana ia dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, sewajarnya kita hormati dan beliau berhak untuk mengemukakan usul melantik Yang Dipertua Dewan yang difikirkan boleh bekerjasama dengan Kerajaan, adil serta tidak berat sebelah," tambahnya lagi.
Pada masa sama, beliau menjelaskan Perdana Menteri pastinya akan memilih individu yang difikirkan berdiplomasi dan mampu berunding dengan Ahli Dewan Rakyat kerana terlalu banyak urusan mesyuarat yang berkaitan dengan Kerajaan berlangsung sepanjang persidangan.
Urusan mesyuarat merupakan urusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pelantikan ini seharusnya melangkaui kepentingan mana-mana satu parti yang ada di dalam Dewan Rakyat.
Azhar Azizan merupakan individu yang sesuai menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal undang-undang sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#Kota Bharu
#Muhyiddin Yassin
#pembangkang
#Speaker Dewan Rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan