awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO minta kerajaan Johor nyatakan pendirian isu Forest City

Bernama
Bernama
07/09/2018
11:54 MYT
UMNO minta kerajaan Johor nyatakan pendirian isu Forest City
HASNI: Kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi mereka dalam memastikan pembangunan hartanah Forest City.
UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan jelas berkaitan isu Forest City.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata ini kerana terdapat pencanggahan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan berhubung isu pemilikan asing di Forest City.
Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi mereka dalam memastikan pembangunan hartanah Forest City akan turut dinikmati dengan adil dan jelas oleh rakyat Johor dan Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekeliling.
Hasni dalam satu kenyataan mahu kerajaan negeri menyatakan juga pelan mereka bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan untuk bersama-sama merebut peluang dan mempunyai pemilikan di Forest City.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Forest City
#Johor
#pemilikan kediaman
#UMNO
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan