UMNO merupakan sebuah parti yang 'payah mati' kerana memiliki DNA dan baka tersendiri yang cukup kuat, berbeza dengan parti-parti politik lain, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau memberi contoh parti PAS yang lahir daripada UMNO, Parti Amanah (pecahan daripada PAS), Semangat 46 (lahir daripada UMNO), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan Parti Keadilan Rakyat (pecahan UMNO).
Jelas Annuar, UMNO pula tanpa lahir atau pun tumbuh dari ranting lain, wujud setelah 446 tahun bangsa Melayu hidup dalam suasana tidak bersatu, tiada kerajaan dan dalam suasana dijajah selama tujuh keturunan.
"Tujuh keturunan bangsa, agama dan tanah air kita tidak mempunyai tempat kebergantungan, kesedaran tujuh keturunan yang akhirnya menzahirkan pemikiran untuk kita bersatu dan menubuhkan wadah politik.
"Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan seluruh negeri Kedah di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Dalam pada itu, Annuar mahu semua kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian di negeri ini mempertahankan Kedah di bawah pimpinan Barisan Nasional memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kedah sebagai jantung UMNO Malaysia.
"Kedah adalah lubuk UMNO yang punya sejarah tersendiri, Kedah ada keistimewaan tersendiri," katanya dan menambah, pemimpin parti perlu berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada parti, pemimpin, persahabatan, perjuangan dan pengundi.
Dalam sidang media selepas itu, Annuar berkata UMNO tidak boleh memandang ringan dan mudah terhadap kewujudan parti-parti baharu walaupun senario itu sebenarnya membuatkan Najib dan BN bertambah kuat.
"Kita dalam parti tidak pernah memandang remeh kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam, kita guna ancaman untuk membina antibodi UMNO, kita semua bertambah kuat sebab kita memandang ancaman parti lain," katanya.
Menyentuh mengenai kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), anggota Parlimen Ketereh itu berkata fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PPBM sejak lahir lagi sudah diasuh dan diberi semangat oleh DAP.
"Jadi kalau nak isytihar nak berpakat dengan DAP tak ada yang menarik pun, PPBM tiada sebarang kekuatan dan rakyat boleh baca perkara ini," katanya.
Pada 14 Mac lepas PPBM melalui Tun Dr Mahathir mengumumkan keinginan untuk bekerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan namun meletakkan beberapa syarat termasuk menukar nama pakatan pembangkang itu. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 18 2017
ANNUAR: "Tujuh keturunan bangsa, agama dan tanah air kita tidak mempunyai tempat kebergantungan, kesedaran tujuh keturunan yang akhirnya menzahirkan pemikiran untuk kita bersatu dan menubuhkan wadah politik." - Gambar fail
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.