UMNO perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata atas faktor tiada keberanian Umno untuk cepat berubah, rakyat kini semakin berani mempersoalkan perjuangan asas Umno khasnya dalam membela bangsa, agama dan negara.
"UMNO dilihat longlai, tidak berani ke hadapan. Ramai pihak mula persoal perkara pokok perjuangan asas hak-hak kita dan ini dibuat secara terbuka walaupun dulu tidak berani apatah lagi kini ada media sosial," katanya.
Berucap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu 2014 di sini hari ini, Muhyiddin berkata malah beliau sendiri turut diasak dengan pelbagai soalan tentang UMNO tidak lantang, tidak berani ke hadapan dan hanya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib orang Melayu.
Sebab itu, katanya, UMNO tetap bertegas untuk mempertahankan Akta Hasutan yang boleh menjadi asas untuk membendung gejala yang boleh meruntuhkan perpaduan dan kedaulatan negara ini.
Muhyiddin berkata sudah sampai masanya untuk UMNO bertindak dan tidak lagi boleh berdiam diri serta bergerak seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Beliau berkata UMNO harus membuktikan ia sebuah parti yang masih relevan untuk membela nasib rakyat dan bukannya mengharapkan pihak luar kerajaan yang memperjuangkan nasib mereka.
"Apa yang penting kukuhkan parti kita. Saya sokong usul kukuhkan perpaduan negara kita oleh UMNO Terengganu. Dengarlah masalah rakyat, bela bangsa agama dan negara, saya harap tempoh tiga tahun ada satu gerak kerja, perlu tersusun dan terancang," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lagi belum pulih 100 peratus daripada masalah yang dihadapinya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Malah perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN dua hari lepas, beliau jangkakan bahawa belum banyak perubahan berlaku, sebab sebahagian masih 'state of denial'. Kita tidak rasakan keadaan yang luar biasa dan mencabar lagi, kita tidak bertindak lebih berani dan tegas," katanya.
Beliau berkata UMNO dan BN hari ini sudah berubah dengan hanya menguasai 133 daripada 222 kerusi Parlimen serta kalah kepada pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor selain hanya menang majoriti mudah di Terengganu.
Muhyiddin turut berharap ada perubahan yang akan berlaku di Terengganu di bawah dasar Tranformasi Terengganu Baharu oleh Menteri Besar Datuk Razif Abdul Rahman.
"Sekarang kita ada 17 kerusi Dewan Undangan Negeri, nanti sekurang-kurangnya 22 kerusi. Kita pernah kalah dan kita pernah menang, perkukuhkan balik setiap perjuangan," katanya.
Bernama
Sat Nov 01 2014
MUHYIDDIN: UMNO dan BN hari ini sudah berubah dengan hanya menguasai 133 daripada 222 kerusi Parlimen. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.