UMNO mesti dilihat seperti sebuah parti yang mempunyai motivasi yang kuat untuk terus berjuang sebagai parti yang memimpin negara, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika menggariskan kepentingan dan fokus menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata rakyat akan menilai parti dari sudut kebersamaan dan penyatuan dan pada masa sama, terus prihatin kepada nasib mereka khasnya golongan Melayu, Islam dan bumiputera.
"Maknanya kita mesti tunjuk perpaduan kita, jangan bercakaran, sebab keyakinan rakyat melihat kepada parti politik yang bersatu. Oleh itu, penyatuan kita penting," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena PAU 2016 malam tadi.
"Bagi menjaga sebuah parti, apa yang kita kata (berucap), walaupun kita ini pemimpin bahagian UMNO, rakyat akan nilai sebagai jaminan kepada parti dan nampak sebagai sebuah parti yang prihatin kepada soal rakyat.
"Jadi, apabila kita bincang dalam PAU 2016, ia bukan untuk kita tapi apa UMNO hendak dan boleh lakukan untuk rakyat dan negara. Ini termasuk apa kebaikan yang boleh kita curahkan. Inilah yang saya inginkan, parti yang berjuang untuk rakyat dan negara," katanya.
Menyentuh mengenai cabaran dihadapi UMNO untuk terus diberi mandat dan memerintah negara, Najib berkata parti perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat dengan menggunakan platform yang betul.
Beliau menarik perhatian untuk mencapai objektif tersebut, UMNO perlu bersikap inklusif dengan tidak hanya memberi perhatian kepada penyokong tegar dan mengabaikan kumpulan-kumpulan lain.
"Saya lihat risalah, perutusan UMNO ini, kita perlu wahana yang lebih sesuai untuk terangkan kepada rakyat. Sebab terlalu banyak media sosial yang memberi maklumat salah, pembohongan, separuh benar separuh tidak, jadi rakyat keliru, tertipu.
"Oleh itu, kita perlu hebatkan usaha kita dengan menggunakan pelbagai kaedah dan saluran supaya cerita positif dan cerita baik ini sampai kepada pengetahuan rakyat," katanya.
Najib turut meluahkan dilemanya apabila berucap pada PAU sebagai presiden parti atau perdana menteri.
"Orang mesti faham ini PAU, bukan ucapan bajet, ucapan Ambang Merdeka dan sebagainya. Ini ucapan sebagai Presiden UMNO. Sebab itu saya mempunyai khalayak anggota UMNO. Jadi, orang Melayu, Bumiputera kena faham.
"Saya pun kena faham sebab saya pegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Maka saya tidak boleh singgung bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Keutamaan kita adalah soal UMNO, Islam dan agenda Bumiputera.
"Ini tidak bererti kita tidak peduli langsung hak dan kepentingan orang lain. Ini adalah PAU," katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan bermula esok sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO semasa ditemubual dalam Program Sesi Soal Jawab Khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Seri Perdana pada Isnin. - Foto Bernama
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
UMNO perlu punyai motivasi berjuang sebagai parti memimpin negara - PM Najib
UMNO mesti dilihat seperti sebuah parti yang mempunyai motivasi yang kuat untuk terus berjuang sebagai parti yang memimpin negara, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.