UMNO Selangor perlu akui kelemahan yang dihadapi selain segera mencari ruang memperbaikinya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesej itu harus diserap kepimpinan sehingga akar umbi parti sendiri.
"Kita kena akui kelemahan rumah tangga UMNO Selangor. Cari puncanya dan selesaikan segera.
"Beri ruang kepada pemimpin membetulkannya. Masanya sudah tiba untuk menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penutup Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Konvensyen sehari itu diadakan untuk mencari formula menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Seramai 1,500 peserta terdiri daripada kepimpinan UMNO peringkat bahagian, anggota kelab Veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor (Mubarak) menghadiri konvensyen kali ini.
Tambah Hishammuddin yang juga bapa angkat kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor, agenda dan isi konvensyen kali ini juga diharap dapat dibahaskan dengan lebih meluas semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.
"Kita perkukuhkan tiang-tiang seri parti. Setiap agenda dan misi parti harus diperjelaskan kepada perwakilan dan inilah mesej kita.
"Kita lihat ruang-ruang yang ada untuk membetulkan apa yang silap sebelum ini, perancangan dan transformasi setiap bahagian perlu untuk memastikan ia direalisasikan," jelasnya.
Barisan Nasional kini memegang 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Daripada jumlah itu, UMNO menguasai 18 kerusi selain MCA memegang baki kerusi di negeri itu.
Dalam perkembangan berasingan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, Akta Hasutan masih diterima pakai sehingga ada akta baru menggantikannya kelak.
"Kita akui sedang mencari mekanisme untuk penambahbaikan Akta Hasutan ini.
"Bagaimanapun selagi tidak ada, kita kekalkan dahulu akta sedia ada," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 01 2014
HISHAMMUDDIN: "Kita kena akui kelemahan rumah tangga UMNO Selangor. Cari puncanya dan selesaikan segera. - Foto Bernama
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
UMNO Selangor perlu akui kelemahan - Hishammuddin
UMNO Selangor perlu akui kelemahan yang dihadapi selain segera mencari ruang memperbaikinya.
Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti
Baki tiga lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sudah dikenal pasti.