UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menari mengikut rentak kem Pakatan Harapan dengan menabur fitnah dan sentimen menyentuh sensitiviti kaum untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata sebaliknya, UMNO dan BN mempunyai cara tersendiri dan sentiasa fokus dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kestabilan ekonomi dan kelangsungan keamanan negara.
"Kita tahu permainan mereka yang menggunakan media antarabangsa dan institusi luar dalam memanipulasi pelbagai isu seperti 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) demi meraih perhatian.
"Mereka turut menabur umpan dengan menyentuh perkara sensitif demi memecahkan undi Melayu untuk berkuasa hanya dengan bermodalkan berita palsu.
"Kalau kita ikut rentak mereka, akan huru-hara negara dan kacau-bilau pasukan keselamatan. Mereka pernah cuba berbuat sedemikian namun tidak berjaya melalui perhimpunan haram Bersih, provokasi dan bising di Parlimen baru-baru ini," katanya kepada Bernama sewaktu ditemui di sesi sembang meja bulat di pejabatnya pada Isnin.
Anggota Parlimen Ketereh itu berkata justeru, agenda memastikan ekonomi lebih baik, rakyat mendapat bantuan dan keharmonian antara kaum wujud adalah lebih penting daripada terus melayan umpan pembangkang tersebut.
Beliau berkata modal Pakatan Harapan untuk menarik perhatian rakyat itu hanyalah satu lagi alat DAP untuk meneruskan prinsip 'Malaysian Malaysia' yang jelas melanggar undang-undang berikutan menyentuh beberapa perkara keistimewaan kepada bumiputera dan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ini brand politik yang sentiasa dibawa dan cuba 'disenyapkan' DAP dengan meletakkan pemimpin lain ke hadapan seperti apa yan berlaku ketika ini. Mereka akan menjatuhkan Melayu dengan mewujudkan perpecahan dikalangan UMNO dengan terwujudnya PPBM.
"Sebab mereka tahu politik Melayu ini berpuak-puak dan akan melahirkan politik kebencian. Lihatlah manifesto mereka, langsung tidak memberi komitmen terhadap agenda pembangunan Melayu dan Islam, ini adalah taktik dan muslihat fahaman sosialisme dalam prinsip 'Malaysian Malaysia' DAP," katanya.
Justeru, Annuar berkata menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak, rakyat khasnya pengundi muda perlu lebih bijak dan cerdik agar tidak membuat pilihan yang salah dan merugikan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018
ANNUAR MUSA: UMNO dan BN mempunyai cara tersendiri dan sentiasa fokus dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.