awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2020
04:10 MYT
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
SPRM memaklumkan mesyuarat ACTWG itu akan disertai wakil daripada 21 buah ekonomi APEC dan akan dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki. - Foto SPRM
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat pertama kalinya akan menganjurkan Mesyuarat Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Anti-Corruption and Transparency Experts’ Working Group (ACTWG) secara maya.
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober ini dan penganjurannya dilakukan secara maya susulan kes COVID-19 masih belum menunjukkan tanda berkurangan di seluruh dunia.
Menerusi satu kenyataan, SPRM memaklumkan mesyuarat ACTWG itu akan disertai wakil daripada 21 buah ekonomi APEC dan akan dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
“Antara agenda yang akan dibincangkan termasuk usaha dan inisiatif pencegahan rasuah di rantau Asia Pasifik serta agenda baharu berhubung isu rasuah dan ketelusan tadbir urus dana COVID-19.
“SPRM turut menganjurkan Mesyuarat Network on Anti-Corruption Authorities and Law Enforcement Agencies (ACT-NET) yang dihadiri wakil-wakil agensi dan penguat kuasa antirasuah dalam kalangan ekonomi APEC.
“Mesyuarat ACT-NET ini akan membincangkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam membanteras rasuah, pengubahan wang haram dan perdagangan haram,” katanya.
Selain itu, satu bengkel bertajuk Capacity Building Workshop on Exposing the Unseen Hands: Tackling Concealment of Beneficial Ownership turut diadakan secara maya yang mengupas topik dan isu-isu semasa berkaitan pemilikan benefisiari.
“Penganjuran bengkel ini melibatkan penyertaan penceramah-penceramah dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka.
“Sekretariat APEC SPRM 2020 menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Sekretariat APEC yang berpangkalan di Singapura dan Sekretariat APEC Kebangsaan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#MITI
#APEC
#agenda
#Asia
#Singapura
#ekonomi
#Rasuah
#Malaysia
#COVID-19
#ACTWG
#maya
#secara maya
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan