awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC

Bernama
Bernama
20/11/2024
10:35 MYT
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah kemudian menetapkan 27 Nov ini bagi pihak-pihak berkenaan untuk mengemas kini status penyelesaian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa selama seminggu kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya berhubung dakwaan menerima RM19.5 juta daripada syarikat-syarikat itu pada 2015.
Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili UMNO, dan Datuk Hasnal Rezua Merican, yang mewakili UMNO Selangor.
Perkara ini tidak dibantah oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili plaintif (SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd).
"Seperti yang kami maklumkan kepada Yang Arif, rundingan penyelesaian sedang dijalankan dan kami memohon beberapa hari lagi sehingga 27 Nov," kata Razlan.
Mahkamah kemudian menetapkan 27 Nov bagi pihak-pihak berkenaan untuk mengemas kini status penyelesaian.
Plaintif memfailkan dua saman itu pada Mei 2021, dengan yang pertama ialah mendapatkan semula RM16 juta yang dikatakan dipindahkan kepada UMNO.
Ketiga-tiga mereka (plaintif) mendakwa bahawa UMNO tahu, atau sepatutnya tahu, bahawa wang itu adalah milik SRC, dan UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana itu.
Saman kedua merujuk kepada usaha mendapatkan semula RM3.5 juta daripada UMNO Selangor, jumlah yang mereka dakwa telah diterima secara salah oleh parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#UMNO Selangor
#diberi lanjutan masa
#kes saman
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan