KUALA LUMPUR: Dengan memiliki kepakaran dalaman serta teknologi terkini, Kumpulan UMP Holdings tampil menyalurkan bantuan dengan menyediakan perkhidmatan sanitasi premis kepada badan-badan yang memerlukan, seperti Rumah Anak Yatim, Rumah orang Tua, Masjid dan lain-lain di negeri Pahang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syed Mohamad Hamzah Al-Junid, pihaknya menyediakan kepakaran dalam memastikan tahap kebersihan premis tersebut sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Sanitasi menggunakan kaedah Ultrasonic mist sterilizer. Bahan aktif chemical ialah Benzalkonium Chlorid.

“Bahan kimia ini tidak menghakis pada permukaan besi dan tidak beri kesan rengsa pada kulit. Ia juga selamat diguna di persekitaran yang terdapat ramai orang,” jelasnya.

Mempunyai sedikit kelainan, kumpulan tersebut turut Pocket-sized triUMPH Handsanitizer adalah produk keluaran anak Syarikat UMP Holdings sendiri – UMP Technology bersama penyelidik UMP yang ramuannya (Isopropyl Alchohol, Pure Water, Glycerine, Fragrance dan Triethanolomine) adalah memenuhi standard piawaian yang ditetapkan World Health Organisation (WHO).

Baru-baru ini, syarikat itu menjalankan program khidmat komuniti – sanitasi UMP services di Rumah Anak Yatim Baitul Husna, Beserah dengan melakukan sanitasi secara percuma.

Ini adalah program CSR yang ke-10 yang mana merangkumi bantuan penyediaan 1000 Face-Shield Kepada Frontliners sekitar Pahang, Bantuan banjir ke beberapa daerah seperti Parlimen Paya Besar, Pekan, Maran, Temerloh, Mentakab dan Jerantut bersama Exco Negeri Pahang.

Ia termasuk pemberian lebih 500 karton air minuman Imani kepada seluruh PKRC dan PPV di sekitar Kuantan, Foodbank UMP Holdings, Khidmat Sanitasi Premis dan Kenderaan yang merangkumi Balai Polis Gambang dan Masjid sekitar Gambang.