Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) menyediakan 200 vaksin percuma kepada penunggang perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda dan badan bukan kerajaan Make It Right Movement.
Pengarah Perubatan dan Ketua Pegawai Eksekutif interim UMSC Prof Dr Vicknes Waran berkata kempen itu bertujuan mendidik masyarakat umum akan kepentingan vaksin.
"Pusat ini gembira dapat menawarkan vaksinasi kepada komuniti yang layak dan kami berterima kasih kepada rakan kongsi yang membantu menjayakan inisiatif ini.
"Influenza boleh menjadi penyakit yang membawa maut dan adalah disarankan suntikan vaksin ini diambil setiap tahun dan situasi semasa memberi penekanan kepada perkara itu yang sebelum ini tidak begitu kita endahkan," katanya kepada pemberita pada pelancaran kempen Vaksinasi CSR untuk Barisan Hadapan, di sini pada Selasa.
Katanya vaksin itu lazimnya diberikan kepada individu berisiko tinggi saban tahun namun tahun ini UMSC memutuskan untuk memperluas inisiatif dengan melibatkan penunggang Foodpanda dan pasukan komuniti Make It Right Movement.
Menurutnya faktor utama pemilihan penunggang Foodpanda sebagai penerima vaksin percuma itu ialah bagi mengurangkan penularan jangkitan influenza.
"Penunggang Foodpanda bersentuhan dengan ramai orang setiap hari apabila menghantar makanan dan ini membawa risiko kepada pelanggan, penunggang itu sendiri serta anggota keluarga yang terlibat," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penggunaan vaksin influenza untuk mencegah morbiditi dan mortaliti yang dikaitkan dengan influenza. Berdasarkan data 2017, kematian disebabkan oleh influenza dan pneumonia (radang paru-paru) di Malaysia ialah 16,215 orang.
Sementara itu, penunggang Foodpanda Mohd Danial Fatullah Mat Nazri, 21, berkata inisiatif sedemikian amat dihargai memandangkan rawatan seperti itu menuntut kos yang agak mahal.
CEO Make It Right Movement Brian Lariche pula berkata badan itu terlibat dalam mengumpul dana bagi membantu pelbagai komuniti termasuk pelarian dan golongan kurang upaya.
Katanya sepanjang krisis COVID-19 ini, persatuan itu bekerjasama dengan PERTIWI Soup Kitchen dan telah mewujudkan laman sesawang giveback.my yang setakat ini mengumpulkan hampir RM60,000 bagi memberi makanan kepada gelandangan di ibu kota.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020

UMSC gembira dapat menawarkan vaksinasi kepada komuniti yang layak dan mereka berterima kasih kepada rakan kongsi yang membantu menjayakan inisiatif itu. - Gambar hiasan.

Kadar pengangguran di Melaka menurun 1.8 peratus suku keempat 2024
Pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan peluang pekerjaan terutamanya membabitkan golongan belia.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok
Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh buat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei, keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun.

Menghubungkan timur dan barat: Pendekatan pragmatik PM Anwar di Rusia
Ia kunjungan rasmi pertama oleh PM Malaysia ke Rusia dalam tempoh 20 tahun dan sangat signifikan dari segi hubungan dua hala dan nilai sejarah.

Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak - Rafizi
Ahli PKR di Sarawak dinasihatkan untuk menggunakan situasi politik di negeri itu sekarang sebagai ruang untuk mengumpul kekuatan.

Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti PBB untuk tempoh 2025 hingga 2028.

Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab, amanah
Datuk Seri Tiong King Sing berkata kedudukan yang disandang wakil rakyat bukanlah lambang darjat sebaliknya mandat.
PM hulur sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghulurkan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang ditemui lemas di Sungai Balok, Kuantan, Pahang, Ahad lalu.
Semakan tawaran tingkatan enam dibuka esok
KPM umum semakan kemasukan Tingkatan Enam dibuka esok, termasuk rayuan serta program rintis baharu di UKM dan USM bagi lepasan SPM 2024.
AMK kecewa tindakan Rafizi, tegas pertahan kempen bersih, adil
Seramai 86 calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa menyerang salah seorang calon AMK, Kamil Munim, dalam siri kempen pemilihan KEADILAN.

Tengku Mahkota Kelantan berkenan sertai larian sempena Hari Belia Negara
Baginda berjalan kaki bersama lebih 1,000 peserta dalam larian sejauh 1.9km bermula dari Dataran Rehal ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

UMSC sediakan 200 vaksin influenza percuma kepada barisan hadapan
Tahun ini UMSC memutuskan untuk memperluas inisiatif dengan melibatkan penunggang Foodpanda dan pasukan komuniti Make It Right Movement.