awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMT anjur program selamatkan penyu

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
16/07/2022
23:15 MYT
UMT anjur program selamatkan penyu
Terengganu merekodkan peningkatan ketara kematian penyu di perairan negeri itu dengan lebih 40 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 51 kes sepanjang tahun lalu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kematian penyu di Terengganu yang semakin meningkat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelbagai pihak.
Susulan itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mengadakan kempen 'Bring Our Turtles Back' bertujuan memperkasakan ilmu dan pengetahuan orang ramai dalam memulihara kelestarian haiwan marin itu.
Menurut pensyarah kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Program Biologi Marin UMT, Prof Madya Dr Muhammad Hafiz Borkhanuddin, usaha berterusan perlu dilaksanakan walaupun berdepan pelbagai cabaran berikutan perkembangan semasa.
"Dengan program ini memang kita harapkan yang datang ini dapat ilmu daripada apa yang kita cadangkan hari ini dan saya harapkan mereka boleh sampaikan ilmu yang mereka dapat itu kepada ahli keluarga, sanak-saudara dan juga kawan-kawan terdekat," katanya.
Bertemakan 'Ikon Kita, Warisan Kita, Legasi Kita', program berkenaan mendapat kerjasama dari pertubuhan bukan kerajaan, serta syarikat korporat termasuk Kapas Turtle, Pinang Films & Voxeureka, Seakeepers International, Primula Beach Hotel, Ball Watch dan Malaysia Rail Link.
Terengganu merekodkan peningkatan ketara kematian penyu di perairan negeri itu dengan lebih 40 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 51 kes sepanjang tahun lalu.
Topic Berkaitan
#penyu
#umt
#memulihara
#haiwan marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan