KUALA NERUS: Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan rasa bangga terhadap Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang kini setanding dengan universiti terkemuka lain di negara ini, meskipun pada usianya yang muda.
Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT bertitah pelbagai pencapaian yang ditempa UMT termasuk meraih lima bintang dalam Penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) pada 2022, amat membanggakan.
Baginda bertitah UMT juga telah dipilih sebagai hos penempatan Penyandang Kursi Sains Antartika Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan menerima peruntukan RM500,000 sebagai dana pemula aktiviti kursi tersebut.
"Beta berharap ini akan menyemarakkan lagi kecemerlangan akademik dalam bidang Sains Antartika di UMT dan memberikan impak yang membanggakan kepada penyelidikan Antartika Malaysia di peringkat antarabangsa," titah baginda pada Upacara Pembukaan Sidang Pertama Majlis Konvokesyen ke-21 UMT di Dewan Sultan Mizan di sini pada Ahad.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat pada majlis itu.
Dalam pada itu, Sultanah Nur Zahirah bertitah agar siswazah UMT sentiasa menjaga citra dan nama baik universiti.
Titah baginda, sebagai duta-duta kecil dalam masyarakat mereka perlu menunjukkan adab dalam kehidupan bermasyarakat dan hidup dengan pekerti yang mulia.
"Gunakan ilmu yang diperoleh sebaik-baiknya agar dapat memberikan manfaat kepada manusia dan hidupan sejagat. Pikul amanah dan tanggungjawab sebaik-baiknya dalam memberi khidmat bakti kepada negara, bangsa dan agama," titah baginda.
Sementara itu, Majlis Konvokesyen ke-21 UMT menyaksikan sebanyak 2,388 graduan diraikan dalam enam sesi yang bermula Ahad hingga Selasa.
Mereka terdiri daripada 46 graduan Ijazah Doktor Falsafalah, sarjana (150), sarjana muda (2,081) dan 111 diploma.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-21 di UMT pada Ahad. - Foto BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.