Astro Publication
Wed Sep 02 2015
Jika anda antara yang membuat keputusan untuk membeli sama ada sebuah Toyota Altis, Innova atau Alphard baharu, anda juga bertuah kerana model-model ini sekarang dilengkapkan dengan beberapa ciri baharu.
Altis
Model sedan segmen C ini juga sekarang dilengkapkan dengan sistem infohiburan DVD-AVN; selain tambahan kit aero bagi ketiga-tiga varian yang dijual.
Sepertimana unit yang dipasang pada Vios 1.5 TRD dan 1.5G, sistem AVD-AVN ini boleh menerima arahan suara bagi operasi beberapa sistem lain. Slot kad SD dan USB pula boleh membaca fail-fail audio dan video. Selain itu, unit DVD-AVN ini juga mempunyai slot HDMI, ciri pengenalan suara dan juga navigasi GPS.
Sistem ini adalah rekaan Toyota sendiri dan adalah unit dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Ia juga boleh berhubung dengan telefon pintar terpilih di samping menyediakan ketersambungan internet – jika telefon tersebut mempunyai talian data.
Innova
MPV berkapasiti lapan penumpang ini juga sekarang dipasang unit infohiburan DVD-AVN yang sama, tetapi bagi Innova varian 2.0G ditambah dengan skrin lapan inci khas untuk penumpang-penumpang belakang.
Kerana komponen ini – dan yang lain – dipasang di pusat aksesori UMW Toyota Motor (UMWT), ia mempunyai kualiti pemasangan dan produk yang sama seperti peralatan lain di dalam kenderaan ini.
Cermin gelap premium Toyota dengan ciri keselamatan juga dipasang standard bagi Innova 2.0G. Akhir sekali, sebuah pam udara mudah alih bagi tayar turut dibekalkan standard.
Alphard
Sebagai model MPV yang mempunyai imej yang lebih mewah, Toyota Alphard diberikan naik taraf lebih banyak. Tidak cukup dengan sistem infohiburan standard yang lengkap dengan kamera undur serta navigasi GPS, ia turut dipasang monitor 10.2 inci yang dipasang pada bumbung kenderaan ini untuk memaparkan tayangan video bagi penumpang di belakang.
Selain itu, Alphard ini juga dibekalkan dengan kit aero TRD yang khusus direka untuknya.
Dengan perubahan ini, UMWT memberikan lebih nilai kepada pilihan pembeli. Ia juga sambungan daripada langkah sama yang dimulakan Vios dan Hilux pada bulan Jun lalu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
UMW Toyota tingkatkan nilai bagi model-model kenderaan mereka
Altis, Innova dan Alphard sekarang ditingkatkan dengan ciri-ciri tambahan bagi memberi lebih nilai pembelian