awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMW Toyota tingkatkan nilai bagi model-model kenderaan mereka

Astro Publication
Astro Publication
02/09/2015
03:40 MYT
UMW Toyota tingkatkan nilai bagi model-model kenderaan mereka
Jika anda antara yang membuat keputusan untuk membeli sama ada sebuah Toyota Altis, Innova atau Alphard baharu, anda juga bertuah kerana model-model ini sekarang dilengkapkan dengan beberapa ciri baharu.
Altis Model sedan segmen C ini juga sekarang dilengkapkan dengan sistem infohiburan DVD-AVN; selain tambahan kit aero bagi ketiga-tiga varian yang dijual. Sepertimana unit yang dipasang pada Vios 1.5 TRD dan 1.5G, sistem AVD-AVN ini boleh menerima arahan suara bagi operasi beberapa sistem lain. Slot kad SD dan USB pula boleh membaca fail-fail audio dan video. Selain itu, unit DVD-AVN ini juga mempunyai slot HDMI, ciri pengenalan suara dan juga navigasi GPS. Sistem ini adalah rekaan Toyota sendiri dan adalah unit dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Ia juga boleh berhubung dengan telefon pintar terpilih di samping menyediakan ketersambungan internet – jika telefon tersebut mempunyai talian data.
Innova MPV berkapasiti lapan penumpang ini juga sekarang dipasang unit infohiburan DVD-AVN yang sama, tetapi bagi Innova varian 2.0G ditambah dengan skrin lapan inci khas untuk penumpang-penumpang belakang. Kerana komponen ini – dan yang lain – dipasang di pusat aksesori UMW Toyota Motor (UMWT), ia mempunyai kualiti pemasangan dan produk yang sama seperti peralatan lain di dalam kenderaan ini.
Cermin gelap premium Toyota dengan ciri keselamatan juga dipasang standard bagi Innova 2.0G. Akhir sekali, sebuah pam udara mudah alih bagi tayar turut dibekalkan standard.
Alphard Sebagai model MPV yang mempunyai imej yang lebih mewah, Toyota Alphard diberikan naik taraf lebih banyak. Tidak cukup dengan sistem infohiburan standard yang lengkap dengan kamera undur serta navigasi GPS, ia turut dipasang monitor 10.2 inci yang dipasang pada bumbung kenderaan ini untuk memaparkan tayangan video bagi penumpang di belakang. Selain itu, Alphard ini juga dibekalkan dengan kit aero TRD yang khusus direka untuknya.
Dengan perubahan ini, UMWT memberikan lebih nilai kepada pilihan pembeli. Ia juga sambungan daripada langkah sama yang dimulakan Vios dan Hilux pada bulan Jun lalu.
Topic Berkaitan
# Alphard
# Altis
# Innova
# Toyota
#UMWT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan