Undang-undang berkaitan sistem pengurusan dan pelupusan bahan buangan dan sisa elektrik dan elektronik (E-sisa) akan dikuatkuasakan sebelum akhir tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata perincian berhubung perundangan itu masih di peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan memperkenal beberapa peraturan berkaitan perkara itu.
"Kita akan perkenalkan sistem baharu untuk mengumpulkan semua sisa-sisa bahan buangan dari yang sekecil telefon bimbit hinggalah barangan elektrik dan elektronik yang besar termasuk yang berada di pejabat.
"Jika tidak dikendalikan dengan betul, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pengumpulan barangan buangan elektrik dan elektronik isi rumah sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia di Dataran Ledang, di sini pada Sabtu.
Turut hadir timbalannya, Datuk Ir Dr Hamim Samuri dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat.
Pada majlis itu, Parlimen Ledang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas kejayaan mengumpul sebanyak 36,144 kilogram sisa barangan buangan elektrik dan elektronik isi rumah.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata seiring dengan perkembangan teknologi, berlaku peningkatan yang ketara terhadap penggunaan barangan elektrik dan elektronik pada setiap isi rumah khususnya telefon bimbit.
"Sekiranya sistem pengurusan sisa barangan buangan elektrik dan elektronik ini tidak dibangunkan segera, ia mampu memberi implikasi besar terhadap manusia dan alam sekitar," katanya.
Beliau berkata apabila undang-undang berkenaan diperkenalkan, secara tidak langsung mewujudkan industri pengumpulan sisa barangan elektrik dan elektronik sekali gus menjadikan industri baharu di negara ini.
Beliau berkata ketika ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang bekerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi membangunkan sistem pengurusan E-sisa rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Perincian berhubung perundangan itu masih di peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan memperkenal beberapa peraturan berkaitan perkara itu.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
JAS Selangor tahan tiga kontena bawa e-sisa
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan tiga kontena yang membawa sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) seberat 100 tan metrik di Pelabuhan Barat, Klang.
Undang-undang E-Sisa rumah akan dikuat kuasa selewat-lewatnya akhir tahun depan
erincian berhubung perundangan itu masih di peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan memperkenal beberapa peraturan.