Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas bagi melindungi keselamatan pemetaan utiliti negara daripada sebarang konflik pada masa hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diberi mandat menguruskan penyimpanan maklumat utiliti secara bersepadu bagi seluruh negara yang diperoleh daripada agensi-agensi pemilik utiliti atau agensi penyelaras utiliti di peringkat negeri.
"Peta utiliti yang diperolehi pihak kerajaan tidak boleh didedah begitu sahaja kerana ada implikasi keselamatan khususnya dalam masa konflik antara kita dengan pihak lain.
"Oleh itu ia mesti disimpan dengan cara tertentu dan perlu dibuat sebagai dokumen terhad yang dilindungi oleh undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 30 graduan sempena kali ketiga Konvokesyen Persijilan pengesanan Utiliti Bawah Tanah dan Pemetaan di sini, pada Isnin.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama Lembaga Juruukur Tanah (LJT) dan JUPEM.
Wan Junaidi berkata pelaksanaan tersebut memerlukan sumber kewangan yang mencukupi daripada kerajaan serta satu garis panduan perlu diwujudkan bagi agensi yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga maklumat sulit itu.
Sebelum itu, semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata maklumat utiliti bawah tanah seperti paip air, kabel elektrik, talian telefon dan paip gas merupakan utiliti yang diperlukan dalam semua projek pembangunan lama dan baharu seperti projek perumahan, perindustrian dan perusahaan.
Oleh yang demikian, maklumat mengenai utiliti bawah tanah itu perlu direkod dan disimpan oleh JUPEM bagi tujuan rujukan masa hadapan, katanya.
"Maklumat-maklumat yang dibekalkan ini boleh dirujuk dan dikongsi bersama oleh pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan sebarang pembangunan," katanya.
Bernama
Tue Oct 20 2015

WAN JUNAIDI: Peta utiliti yang diperolehi pihak kerajaan tidak boleh didedah begitu sahaja kerana ada implikasi keselamatan khususnya dalam masa konflik antara kita dengan pihak lain.

Dua beradik warga Syria tidak mengaku salah beri rasuah RM10,000
Mengikut kertas pertuduhan, mereka pada 22 Januari 2020 memberi suapan sebanyak RM10,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen.

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Survival politik Amanah: 'Setiakawan yang dikhianati'
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Kerajaan negeri di Semenanjung diminta percepatkan pengukuran sempadan
Kerajaan negeri di Semenanjung diminta mempercepatkan dan memuktamadkan proses penadaan dan pengukuran sempadan negeri masing-masing, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar.

Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini

JAS sedia bantu JKR kenal pasti punca tanah runtuh di Lebuhraya KL-Karak
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai pakar yang boleh membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) mencari punca untuk mengatasi kejadian seumpama itu berulang.

Undang-undang khas bagi lindungi pemetaan utiliti negara - Wan Junaidi
Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas bagi melindungi keselamatan pemetaan utiliti negara daripada sebarang konflik pada masa hadapan.

Hentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan Tasik Kenyir
Kerajaan negeri meminta agensi kerajaan menghentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan Tasik Kenyir bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

Kakitangan JUPEM, PGA tiga hari terkandas di Gunung Gagau
Cuaca buruk menghalang usaha mengeluarkan kumpulan berkenaan menggunakan helikopter.