Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yakin undang-undang negara sedia ada mampu menangani ancaman kumpulan militan yang mula menular di Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata undang-undang berkenaan bertambah kukuh setelah pindaan dibuat terhadap Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa baru-baru ini, selain prosedur khas untuk mencegahnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kita telah memberkas 11 anggota kumpulan militan yang kita percaya memberi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman negara.
"Ada beberapa lagi sasaran yang sedang kita pantau, dan kita akan tangkap (mereka) sedikit hari lagi," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan anak-anak muda supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak tertentu untuk menyertai kumpulan militan mereka.
"Saya memberi peringatan kepada anak muda supaya jangan terikut dengan dakyah atau pujukan anggota-anggota kumpulan militan tetapi apa yang lebih penting kita perlu mengutamakan keselamatan negara dahulu," katanya.
Beliau juga mengeluarkan amaran kepada kumpulan militan supaya tidak merekrut anak muda negara ini untuk menyertai kumpulan itu.
"Jangan cuba merekrut anak-anak muda kita untuk sama-sama menjadi pengebom berani mati dan sebagainya...jangan mengancam keselamatan rakyat dan negara kita. Bila ada unsur-unsur itu (mengancam keselamatan negara), kita akan bertindak," tegas beliau.
Ketika ditanya pemberita berhubung pembabitan seorang lelaki bergelar 'ustaz' dan rakannya yang merupakan seorang anggota kumpulan muzik terkenal dalam kumpulan militan itu, Khalid berkata pihaknya tidak mahu menunding jari tetapi akan meneruskan siasatan terhadap sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.
"Kita tidak mahu tumpukan kepada sesiapa atau tuduh siapa dalang kerana siasatan dijalankan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan," katanya.
Menurutnya PDRM turut mengenal pasti Syria dan Filipina sebagai antara negara yang mempunyai rangkaian militan.
Pada 28 April lepas, sembilan individu termasuk seorang wanita berusia antara 22 dan 55 tahun yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.
Tiga daripada mereka ditahan di Kedah dan enam di Selangor.
Keesokannya, polis menahan seorang lagi anggota militan ditahan di sini dan seorang lagi ditahan di ibu negara petang semalam.
Bernama
Sat May 03 2014
KHALID: Undang-undang berkenaan bertambah kukuh setelah pindaan dibuat terhadap Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa baru-baru ini. -Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.