KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan kajian menyeluruh jika mahu melaksanakan undang-undang berkaitan tuntutan bayaran bagi berita dalam talian di Malaysia berikutan perkembangan terkini yang berlaku di Kanada pada 3 Julai lepas.
Cadangan Akta Berita Dalam Talian bertujuan memastikan syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Meta (syarikat induk Facebook) membayar agensi media bagi setiap pautan dan carian bahan serta kandungan berita yang digunakan dalam platform syarikat terbabit.
Pada 1 Julai lepas, Alphabet Inc iaitu syarikat induk Google mengumumkan syarikat teknologi gergasi itu tidak akan membayar agensi media Kanada sebaliknya menyekat sebarang pautan berita di platform Google selepas Kanada meluluskan akta tersebut.
Bagaimanapun, rata-rata penganalisis berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media mampu kekal mampan sekali gus mengekang penularan berita palsu.
Berkongsi pandangan mengenai implikasi kepada masyarakat sekiranya Malaysia melaksanakan akta itu dan berhadapan situasi sama seperti Kanada, pemerhati isu semasa Noor Mohamed Shakil Hameed berpendapat rakyat masih mampu memperoleh informasi sahih melalui platform media alternatif.
"Dalam era IR 4.0 (revolusi industri), AI (kecerdasan buatan), ChatGPT, ketersediaan maklumat di hujung jari, kadar celik IT (teknologi maklumat) dan informasi, saya percaya kita tidak berdepan masalah besar untuk mendapatkan maklumat yang sahih secara pantas dan tepat jika sekatan sebegini berlaku.
"Betul, kerajaan wajar meneliti perkara ini secara serius dan menilai baik buruknya. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan pertimbangkan untuk melaksanakan akta seperti ini sebagai peluang menangani masalah penyebaran berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaafar pula berkata pelaksanaan akta itu dilihat mampu memperkukuh pendapatan kewangan industri media tempatan dengan adanya bayaran link tax daripada syarikat teknologi gergasi.
Beliau berkata ekosistem industri media pada hari ini terjejas susulan monopoli oleh syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Meta yang mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menggunakan bahan serta kandungan berita yang diterbitkan oleh agensi media.
"Oleh itu, banyak syarikat media 'gulung tikar'. Kita harus ingat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini kita kehilangan tidak kurang daripada 10,000 pekerja media di Malaysia dengan tawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan sebagainya.
"Kita tiada pilihan melainkan memberi keutamaan untuk memastikan adanya Akta Berita Dalam Talian di Malaysia kerana ini adalah soal kelangsungan syarikat media. Jadi, saya gesa kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berikan keutamaan kepada perkara ini," katanya.
Pada 2021, kerajaan Australia berjaya melaksanakan sistem perundangan iaitu Platform Digital News Media and Digital Platforms Mandatory Bargaining Code yang menuntut syarikat teknologi gergasi iaitu Google dan Meta untuk membayar agensi media bagi pautan dan carian berita di platform terbabit.
Pendekatan perundangan sama turut diambil Kanada pada awal Julai lepas, namun keputusannya berbeza apabila syarikat induk Google iaitu Alphabet Inc mengambil langkah menyekat sebarang pautan dan carian berita di platform itu.
Mengulas mengenai senario ini, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan senario kejayaan Australia juga perlu berlaku dalam negara bagi memastikan industri media kekal mampan.
"Sudah tiba masanya kepentingan industri media dipelihara dan usaha ini dilakukan oleh negara seperti Australia, Kanada malah Amerika Syarikat juga sudah lakukan beberapa bentuk perundangan untuk memastikan syarikat teknologi gergasi ini membayar kepada industri media.
"Dalam konteks ASEAN, Malaysia mungkin boleh mewujudkan satu diplomasi media dalam kalangan negara rantau ini untuk berikan penunjuk aras yang jelas terhadap kandungan, kawalan dan kesinambungan industri media dalam negara," katanya.
Noor Nirwandy yang juga pakar penganalisis keselamatan dan politik, berkata media tempatan juga berkemungkinan terdedah kepada pelbagai agenda asing yang dibawa oleh kedua-dua syarikat teknologi gergasi itu sekiranya isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya.
Pada 28 Mei lepas, KKD dilaporkan sudah membawa pandangan wartawan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keperluan menggubal Rang Undang-undang (RUU) bagi menuntut syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Meta membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata usaha merealisasikan pandangan itu masih di peringkat awal berikutan adanya keperluan untuk mengambil kira perkembangan membabitkan pelaksanaan akta itu di beberapa negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Cadangan Akta Berita Dalam Talian bertujuan memastikan Google dan Meta membayar agensi media bagi setiap carian bahan serta kandungan berita yang digunakan dalam platform syarikat terbabit. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.
Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai
Sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.
Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk
Fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.
'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."
Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia
Ciri itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.
Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.
PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.