awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang AI: Laporan penuh dijangka siap hujung Jun - Gobind

Bernama
Bernama
03/06/2025
08:30 MYT
Undang-undang AI: Laporan penuh dijangka siap hujung Jun - Gobind
Gobind ditemui selepas Program Pembangunan Keupayaan Profesional Keselamatan Siber Pensijilan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Dalam Kalangan Kementerian dan Agensi Kerajaan hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Laporan penuh berkaitan cadangan kawal selia dan kemungkinan penggubalan undang-undang khusus bagi kecerdasan buatan (AI), dijangka diperoleh menjelang hujung bulan ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ringkasan AI
  • Laporan kawal selia AI bakal diterbitkan: Kementerian Digital melalui Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dijangka membentangkan laporan penuh mengenai cadangan kawal selia AI menjelang hujung bulan ini.
  • Pilihan pendekatan kawal selia: Laporan ini akan menjadi asas untuk menentukan sama ada perlu penggubalan undang-undang, pewujudan peraturan, atau pengenalan standard piawai dalam kawal selia AI.
  • Tadbir urus AI dan keyakinan rakyat: Menteri Digital menegaskan pentingnya tadbir urus AI yang baik untuk memastikan penggunaan teknologi digital yang selamat dan dipercayai oleh rakyat.

Beliau berkata laporan itu sedang dimuktamadkan oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) yang telah ditubuhkan Kementerian Digital tahun lepas.
Gobind berkata laporan itu, akan menjadi asas kepada perbincangan lanjut berhubung pendekatan kawal selia terbaik, iaitu sama ada melalui penggubalan undang-undang, pewujudan peraturan atau pengenalan standard piawai.
"Perbincangan sedang dijalankan dengan industri dan beberapa pandangan telah dikemukakan. Saya harap, menjelang akhir Jun ini, kita akan dapat satu laporan daripada NAIO yang akan membantu menentukan hala tuju yang sesuai bagi bidang AI," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Pembangunan Keupayaan Profesional Keselamatan Siber di sini, hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden EC-Council Sanjay Bavisi.
Gobind berkata segala keputusan dasar akan berpaksikan kepada keperluan memastikan wujudnya tadbir urus AI yang baik dan keyakinan rakyat terhadap penggunaan teknologi digital.
"Dalam arus transformasi digital ini, risiko tetap wujud, jadi kita perlu teliti bentuk tindakan yang sesuai untuk memastikan wujudnya keyakinan apabila rakyat menggunakan platform digital," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan kawal selia juga perlu mengambil kira keunikan setiap sektor yang terlibat dengan AI, termasuk risiko yang timbul memandangkan ia merentasi semua sektor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang AI
#Gobind Singh Deo
#kecerdasan buatan
#keselamatan siber
#Pejabat AI Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami